Wednesday, November 14, 2012

#19 : Awal Tahun

Au Nom d'Allah Clement et Misericordieux,

Sepanjang perjalanan dalam bas, tak henti-henti hati berdoa..

Minta dilupakan segala yang pahit tahun lepas,
Minta disembuhkan segala yang sakit tahun lepas,
Minta didekatkan dengan Dia =')

Sampai-sampai dirumah, ada nenek berdiri depan lift. Tegak, kaku. Tangan dia penuh dengan kertas suratkhabar & beberapa helai surat. Aku bertanya, mahu aku tolong bukakan pintu lift kah? Dia dengan terketar-ketarnya menjawab :

"Saya hanya nak pergi poskan surat-surat ni dekat kedai depan tu. Tapi saya tak larat nak jalan keluar sampai sana". Air muka yang sangat sedih. Lantas aku menghulurkan bantuan untuk pergi poskan surat-surat dia. Walaupun tangan sendiri penuh. Terus dipeluk dan diciumnya aku. Kejap dan kuat. Masih terasa lagi bahang nafas nenek tu. 

Katanya tinggal di tingkat sepuluh. Umurnya lapan puluh empat tahun. Mujur ada lift bukan.

Ahh..bergenang air mata. Terus teringat mak dan ayah. Janji, aku takkan tinggalkan mereka begitu saja dihari-hari tua mereka. Janji. Walau dalam apa keadaan pun. 

Robbirghfirli wali walidaiyya, warhamhuma kama Robbayani soghiro

Monday, November 12, 2012

#18 : Mind Rant

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah.. =')

Saat-saat genting, 
Timbunan hal ijazah yang menuntut bukan sedikit perhatian, pengorbanan 
Longgokan hal risalah yang menjerit meronta-ronta mahu dilihat, diberi perhatian
Nikmat sihat yang melompat naik turun, bermain & mengacah

Kejang, kaku, penat
Tak tahu mana harus dipilih
Betullah..
Setiap dugaan dan rintangan itu unik
Tersendiri untuk setiap batang tubuh manusia

Air mata pertama untuk minggu ini mungkin?
Atau mungkin yang pertama untuk separuh bulan ini?
Kering sungguh.. Picisan

Ukhuwwah itu haybat!
Menyentuh, menggetar
Hati dan jasad yang terkapai-kapai, terawang-awang

Hanya air mata bisa mengalirkan air mata yang lain
Ahhhhh....
Sayang timbul walau baru pertama kali jumpa
Pertama kali bicara
Pertama kali mendengar
MashaAllah..Subhanallah

Sungguh, betul tiada apa yang digerakkan utk menjayakan
Namun, Allah beri sebaliknya
Muwajjih haybat itu =')

"Kenapa kami kak? Kenapa kami yang akak pilih untuk hadir? Bukan ke akak lebih layak pilih dan pergi ke kakak-kakak kami?"

"Akak yakin 103% Saudah lebih memerlukan akak, berbanding kakak-kakak antunna!"

Hati mana yang tak terusik.
Hati siapa yang tak luluh 
Sekali lagi
Tiada apa usaha untuk menggerak kan!
Hanya harapan dan doa 
Itupun boleh dikira
Titipan buat Dia
Meminta diberi yang terbaik

Bukan untuk Saudah
Tapi untuk hati ini sebenarnya
Terdampar kekeringan, galau!
Mahukan yang baru
Disaat luka lama seolah mahu terkoyak

Lantas kuncup, terubat.
Terima kasih Allah.
Terima kasih.

Tidak perlukan sesiapa,
Cukup hanya Allah.
Luka dari Allah
Dari Allah juga penyembuhnya
Kejap dakapan pelukan cendekiawan

Benar!
Fi amanillah kak Mumtaz =')

Tuesday, October 30, 2012

#17 : Rintik-Rintik Mahabbah

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Angin musim luruh menderu ganas. Menerobos segenap ruang dan celah para tingkap. Menghantar bunyi yang menggerunkan hati. Berseorangan ditemani buku-buku. Penat mentelaah. Lantas muka dihadapkan ke tingkap.


Terbentang pemandangan saujana. Bukit-bukau selatan hasil lipatan bumi atas suruhan Yang Maha Pencipta. Dikelilingi laut yang mendamaikan.. ahh, betapa akurnya mereka! Tetap disitu, walau jelas kelihatan sisi perutnya robek, hasil tangan manusia.

Deruan angin semakin menggila. Kelihatan si camar putih sedang terkial-kial cuba terbang mencari daratan. Sekejap tinggi, sekejap rendah, terhuyung-hayang melawan deras arus angin yang seolah tiada belas kasihan. Lantas kepaknya dibiarkan terbuka. Melayang mengikut arah angin. Sekejap keatas, sekejap kebawah. 

Begitulah agaknya ujian dalam tarbiyah. Nafsu dan iman akan sentiasa mempunyai arah yang berlawanan. Entgegen. à l'opposé. Mana mungkin mereka bergerak seiringan. Perlawanan dua entiti yang membuatkan kita terhuyung-hayang. Sekejap diatas, sekejap dibawah. Apatah lagi dengan arus deras yang membawa kita memilih antara dua sisi.

Ahh..jangan disalahkan angin pula. Bukankah bersama angin deras itu ada rintik-rintik hujan? Walau sedikit, tetapi cukup untuk membasahkan. Hatta memberikan sedikit kesegaran pada tubuh yang letih lesu akibat pertarungan itu. Sibghatullah. 

Dalam keperitan dan kesusahan, ada pengajaran dan hikmahnya. Membasahkan hati yang mungkin selama ini kering. Diuji pada titik kelemahan berulang-ulang kali sehingga diri lepas dalam ujian tersebut. Sehingga antara basahnya tangisan dan basahnya rintik-rintik hujan menjadi sukar untuk dibezakan. 

Betapa hebat alam mengajar. Merenung kebesaran Ilahi. Cukup dengan mendongakkan kepala, memandang langit. Kesungguhan si camar yang dilihat. Lihat kebawah pula, ketabahan si kecil semut yang menjelma. 

Mahabbah ilallah dimana-mana. Sentiasa mengisi ruang lompong hati dan menjahit luka-luka tarbiyah. Menyirnakan parut-parut jahiliyah. Terima kasih si camar putih.

The key to returning back to Allah is the Heart, and "the heart is like a bird: LOVE as its head and its two wings are HOPE and FEAR." 
-Ibn Al Qayyim-

"Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya diatas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu"
al - Mulk [67:19]

Saturday, October 13, 2012

#16 : Adik

Au Nom d'Allah Clement et Misericordieux,

Dah lama tak berDBL..


"Akak, orang baru tau mak orang ada breast cancer masa cuti summer haritu.Semua family members dah tau. Orang jek tak tau lagi. Itupun orang tau sebab orang mengamuk kat kakak orang sampai baling2 barang. Patutlah mak orang tetiba jek kurus n pucat masa orang baru balik summer ritu. Pastu dia kerap jek  pegi hospital pagi2"

"Mak orang tak tau lagi yang orang dah tau pasal sakit dia. Orang pun tak sampai hati nak bitau dia. Biarlah, tunggu sampai dia rasa dah ready nak btau orang sendiri. Sekarang orang ok jek teman dia kat rumah, pergi jalan2, shopping smua. Sebab tu orang tak dapat join sangat aktiviti summer & uskab haritu"

Mata dia bergenang. Hidung & muka merah. Adik ni menangis! Menangis menceritakan kisah kanser maknya. Pelik, tapi benar. Adik yang paling ganas, otai dan err..keras menangis. 

Adik yang pernah tolak ajakan untuk berusrah. Adik yang pernah cuba nak lari dari disentuh. Adik yang sgt havoc & penuh dengan gegak gempita..hehe =)

Tapi itu dulu. Kuasa Allah, hanya dengan berita2 Syria yang sering terpampang, MnM2012, adik merefleks & mengoreksi diri. Sejauh mana sumbangan adik dalam perjuangan Islam. Adik mula mendekati akak, dan adik2 akak yang lain. Seronoknya rasa masa tu ^_^

Adik ajak akak teman adik study dekat library. Akak ikut. Balik dari library, adik tanya akak :

"Akak, orang dah lama nak cakap benda ni dekat akak. Tapi orang segan...Orang sebenarnya dah lama nak usrah!" 

Terkesima. Saling berpeluk. Dada bertemu dada, hati bertemu hati. Dengan rasminya adik join usrah akak. Kita sama-sama bahagia.

Adik lambat. Adik banyak tertinggal bahan, tak macam kawan2 seangkatan lain. Akak tahu adik boleh pergi laju, berada seangkatan dengan mereka. Tapi akak akur pada syura. Akak terpaksa lepaskan adik dengan kakak lain =')

2 bulan terpisah. "Akak, mak orang ada kanser tahap 1" Mata adik terus bergenang dan adik menangis. Akak pun menangis sama dalam hati (dalam train pun akak sambung nangis..cengeng sungguh..huhu). Adik tabah. Adik kuat. Adik mula jaga pemakanan adik sebab nak biasakan diri dengan pola pemakanan mak adik yang terhad. Adik nak balik rumah december ni, takut tak sempat jumpa mak lagi summer depan. 

Tapi akak nak juga adik sama meraikan rdh12. Tahun lepas adik lari ke UK. Tapi akak faham, aula' adik dengan mak adik. Adik takut tak sempat. Adik risau akan rasa rindu tak berpenghujung. Letak akak ditempat adik. Akak akan buat perkara yang sama macam adik tanpa fikir 2kali.

Bukan akak tak tahu, bilik adik penuh dengan buku2 agama, fekah & seerah sebab mak adik poskan. Akak yakin, mak adik juga mahu lihat perubahan adik...dan Alhamdulillah, tsumma Alhamdulillah..adik berjaya. Adik laju. Adik cepat. lihat penampilan adik, lihat bahasa adik, lihat post2 adik di fb..Akak hanya mampu ucap Alhamdulillah atas setiap pembaikan adik. Apatah lagi atas usaha2 mak adik sendiri. Allah Maha Tahu betapa besarnya jasa mak adik terhadap adik, anaknya sendiri.

Adik, akak tau akak kena kuat & tabah. Sebab adik juga perlukannya. Akak perlu berikan sokongan dan tak boleh lembik2 lagi, sebab adik lebih lagi memerlukannya. Akak yang banyak belajar dari adik sebenarnya. Akak sedih tengok adik menangis. Adik kena kuat, mak adik sangat perlukan kekuatan itu. Semoga Allah membantu akak, adik, mak adik & semua umat Islam lain untuk terus tabah menghitung masa untuk bertemu cinta teragung.

Akak sayang adik, lillahi ta'ala, biidznillah inshaAllah  =')

Tuesday, October 2, 2012

#15 : 5 Tahun

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

1 Oktober 2012, genap 5 tahun kami FP8 berada di France. Bukak fb, huih..kemain masing² posting perasaan sentimental, gambar² batch dulu..(which is sgt² segan sebenarnya..gambar jahiliyah dolu²..huhu) tapi takpelah, chacun peut s'exprimer =)

5 tahun bukan waktu yang kejap, kan? dari tak tahu apa² ke pelbagai jenis pengetahuan. kalau ada anak, dah nak masuk tadika dah pun, menulis, membaca, mengira, menari, menyanyi, ntah² dah khatam Quran..ameen =p

"Akak, saya dah post dekat GG A*** pasal perkara tu. malulah!"

"Akak, rupanya saya tersalah hantar emel kat GG...dah ada ikhwah tegur! macam mana ni..!! Malunyee.. Tak nak posting apa² lagi!"

"Akak, kenapa kita sorang je akhawat yang reply emel dkt GG tu? mana yang lain?"

"Akak, kite ni garang sangat ke?"

"Akak, kite sedih, harini kite kalah dengan nafsu amarah kite sendiri. Kite terjerit marah budak laki kelas kite tadi, pastu ternangis..huwaaa.. susahnye nak ada perasaan muraqobah macam yang akak ajar tu!! =( "

Dialog adik²..ouh

Dalam 5 tahun, apa je lah yang telah diajarkan & diberikan kepada adik² ni.. apa ja legacy yang dah ditinggalkan untuk mereka jadikan bekalan sebagai pelapis DnT France? 

Heh, al wajibat minal auqat. Semakin lama, semakin banyak, sampai terkadang tak mampu dah nak rasa jatuh tersungkur. Sebab bila kita sebagai kakak membenarkan diri jatuh tersungkur, apatah lagi adik²..

Dalam 5 tahun, masih cuba untuk memberi seperti mana yang pernah diberi dulu, oleh dinosor² kami =)

Tapi, hidup tak semudah yang disangka.. Sangat banyak lagi pemberian dinosor² dulu yang masih tersimpan kemas. Bukan tak mahu diberikan. Nak sangat! Perasaan itu. Hammatus syabab. Namun, masih belum mampu memiliki kekuatan untuk terus all out dalam memberi. =(

5 tahun. Masih gunakan alasan 'belum mampu'. Malunya pada diri sendiri. 5 tahun, apa sahaja perubahan yang dah berlaku? Pada diri, keluarga dan sekeliling? Dan dada pun makin berat, mata kabur.

5 tahun. Apa agaknya jatidiri yang berjaya dibina dibumi Perancis ini? 

Wallahu'alam T_T



Friday, September 7, 2012

#14 : Homesickness

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Peristiwa Hjrah :

Disebalik ketegaran mereka, Abu Bakar & Bilal tetap terkejut semasa tiba di Madinah. Demam dengan suhu yang tinggi membuat mereka merintih kesakitan. Homesickness tetap menjadi penyakit manusia. Dalam keadaan demam, Abu Bakar bersyair :

Kala pagi,
Setiap orang dapat berkumpul bersama keluarga,
Namun kematian lebih dekat dari tali terompahnya!

Apabila keadaan itu disampaikan kepada Rasulullah saw, Beliau berdoa, 
"Ya Allah, buat supaya kami mencintai Madinah ini seperti cinta kami kepada Makkah ataupun lebih banyak lagi. Sebarkan kesihatan di Madinah, berkati ukuran dan timbangannya, singkirkan sakit demamnya dan berikan saki-baki air kepadanya" 
Direkodkan oleh al-Bukhari
Bukan homesickness yang sekadar dibibir. Selsema sampai hidung berdarah sejak sampai. Tak apalah, anggap ini semua kafarah dosa² dan maksiat terdahulu & mungkin yang sedang dilakukan. Astaghfirullahal'azim.

Homesick bukan hanya terhadap tanah tumpah darah sendiri, tapi juga terhadap bandar study terdahulu. Allah Maha Merancang segalanya. Walau betapa kuat dicuba untuk terus tinggal di Toulouse, tetap bukan dalam kekuasaan kita untuk menikmatinya.

Semoga doa ini mampu menjadi mujarab hati untuk terus redha menerima bandar baru Marseille ini sebagai tempat jihad menuntut ilmu yang baru, housemate(s) baru, setelah Allah swt berkenan memberi peluang kedua untuk menebus kesilapan dan dosa² lalu..

La ila haila Anta, subhanaka inni kuntu minazzolimiin.

Thursday, September 6, 2012

#13 : Ansar & Muhajirin

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Terperanjat kota Qadisiyah menyaksikan pasukan Muhajirin & Ansar menyeberangi sungai yang membatasi mereka dengan kem pasukan Persia. Bangsa Arab yang 'tidak mengenal air' ini menjadi begitu berani, saling berganding tangan, saling merangkul membelah Eufrat yang deras.

Ceritanya belum selesai, ada yang lebih mengejutkan. Rombongan besar itu tiba-tiba berhenti di tengah arus yang deras dan semuanya membongkok sambil meraba-raba kedalam riak. "Bekas airku. Bekas airku jatuh", seru salah seorang anggota pasukan orang Islam. Hal ini membuat puluhan ribu tangan mengaduk-aduk Eufrat seketika bagi mencarinya.

Panglima Persia dan pasukannya yang tegang menanti diseberang dengan pedang terhunus, tercekik tenggoroknya. Seluruh pasukan mengaduk-aduk Sungai Eufrat hanya kerana bekas air? "Lalu bagaimana apabila salah seorang daripada mereka terbunuh disebabkan kita?", serunya.

Ya, mereka tidak pernah mengerti ukhuwwah sebelum merasainya. Apabila pedang menebas ahli pasukan orang Islam, orang yang kena pedang tidak berteriak kerana mereka hanya merasakan cubitan yang menghantarnya menuju keredhaan yang empunya segalanya. Justeru, yang berteriak adalah saudara seiman yang berada disampingnya.

"Aaah!!", melengking suaranya. "Saudaraku, engkau mendahuluiku ke syurga! Engkau mendahuluiku ke syurga!".
"Orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah) daripada Muhajirin & Ansar dan orang yang menurut mereka dengan kebaikan, Allah redha kepada mereka dan mereka pula redha kepadaNya, serta Allah menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya selama-lamanya. Itu adalah kemenangan yang besar."
Surah at-Taubah (9 : 100)

Salim Akhukum Fillah, Biar Bidadari Mencemburui Dirimu, Bab 6 : Dikelas-kelas Cinta, Subtopik 4 : Pada Iman, Hijrah dan Jihad, CINTA adalah Warnanya