Wednesday, January 16, 2013

#26 : Kerana Cincin Kahwin Begitu Berharga!?

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Stesen Metro Hotel de Ville, Marseille.

Metro tiba. Orang ramai berpusu-pusu keluar. Berpusu-pusu juga yang mahu masuk. Ada dua tempat kosong. Sebelah-menyebelah. Diambil satu. Tinggal satu kosong lagi. Sepasang warga tua masuk. Sepasang suami isteri rupanya. Tua pikun. Tangan menggeletar. Parkinson mungkin..lewat usia senja.

Si Suami terus memapah si Isteri duduk di kerusi kosong. Tangan dihulurkan tanda tetap ingin memegang si Isteri. Bimbang terjatuh mungkin. Sepantas kilat pula dibangunkan diri, ingin memberi ruang duduk kepada si Suami agar berdampingan duduknya dengan si Isteri. Biar kelihatan bahagia, biar tak terpisah, walau mungkin panggilan ajal semakin dekat. 

Lantas dimarahi oleh si Suami, menyuruh duduk kembali. Beriya-iya mahu bangun, beriya-iya pula dimarahinya..huhu..Penumpang lelaki dihadapan pula cuba memberikan kerusinya, namun sama nasibnya, dimarahi dengan muka bengis..hehe. si Isteri terpinga-pinga, lantas bertanya kepada siapa mahu diberikan kerusi. 

kepada Atuk itu. Oh, itu suami saya. Nenek itu tersenyum mesra. Lantas dipeluknya lengan, tanda berterima kasih. si Suami tegar berdiri, sehingga benar ada kerusi kosong diantara kami, baharulah didudukinya. Destinasi tiba, mereka turun beringan, terketar-ketar, namun tetap tangan si Isteri kejap dipegang suami. Cincin juga masih dijari si Isteri. Ohh!! MasyaAllah! so sweeetttt  ^_____^

Islam dimana-mana. Akhlak Islamiah dimana-mana, bukan melalui individu Muslim itu sendiri, tetapi melalui insan lain.. Ohh!! tersentap jiwa. Kembang-kempis dada menahan sebak, menilaikan perilaku sendiri. Di bumi ini, penuh kasih-sayang tak kira tua atau muda. Pastinya, tarbiyah yang mereka alami begitu hebat, sehingga tak mampu dipincang oleh arus modenisasi.

Memang tarbiyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah. *ayat mainstream* Tanpa tarbiyah, mungkin kita takkan faham apa itu empati, apa itu kasih-sayang sesama insan. Yang ada mungkin kau-kau, aku-aku. Cross over the limit, no. Menjadi asing dibumi asing. Asbab utama, kenapa ramai yang mencari nilai harga diri dan jati diri diri yang hilang dimamah zaman.

Malu, kerana jati diri itu ditemui pada bangsa lain, namun bukan pada bangsa sendiri. Lantas dihayun langkah kaki mencari erti-erti hidup. Akhirnya bertemu jawapannya, tarbiyah. Tarbiyah takwiniah. Tak mengira usia, tak mengira zaman, konsep tarbiyah takwiniah tetap mampu digunapakai, utuh sampai bila-bila. Asas pembentukan individu Muslim yang mengamalkan ajaran Islam yang syumul, kamil, mutakamil.

Secicip ujian yang diberikan, seharusnya sejuta nikmat syukur dilagukan. Tanda dipandangNya, tanda tarbiyah sedang terkesan dalam diri, tersemat dalam hati. Tak mungkin boleh pergi jauh tanpa tarbiyah ini. Tak mungkin melompat lebih tinggi bak Sheila on 7 kalau tak merasai proses pembakaran tarbiyah dalam usaha mentakwin diri juga mutarabbi. 

Kerana tarbiyah, diri berharga. Pasangan hidup juga berharga. Keluarga juga berharga. Hatta setiap insan disekeliling amat berharga. 

Tarbiyah mungkin boleh mencalarkan diri, membuatkan nanar mencari titik pusingan hidup, kembali pada fitrah insani.. Tarbiyah mungkin juga boleh tercalar, akibat diri yang lalai dan alpa, merasa hebat apabila sudah ditakwin, sedangkan proses pentakwinan hanya berakhir apabila jasad pulang semula bertemu tanah.

tik tok tik tok tik tok.

Apa sahaja tarbiyah yang kita telah dapati dan pelajari harini? Astaghfirullahal'adzim

Ayuh muhasabah =)

Friday, January 11, 2013

#25 : They (that i love)

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Tahun Baru. Resolusi Baru. Berita Baru.

Bukan pertama kali. Perkara yang menimpa kita, akhirnya akan menimpa jua mereka sekeliling kita. Ibrah mungkin, peristiwa kita untuk orang lain.

Atau mungkin, itu satu cara Allah untuk memudahkan kita bercerita tentang isi dan pengalaman. Tarbiyah dan kegelapan. Bukankah sering dititipkan doa dihilangkan kekakuan lidah ketika berhadapan dengan insan lain?

Been there, done that. Easy to say than done. Put yourself in someone's shoes.

Bila kita mentarbiyah manusia, apa yang dicitakan ialah, mereka mampu menjadi insan yang lebih baik dari diri kita. Mereka mampu, suatu hari nanti menjadi murabbi kita, bahkan ketika itu, kitalah mutarabbi mereka, dengan penuh perasaan lapang dada dan beriman.

Semasa proses pentarbiyahan, boleh berlaku juga mereka jatuh atau ditimpa ujian semacam kita, namun lebih dahsyat impaknya. Yes, another been there, done that type, but in another version. Bila difikirkan kembali, Allah seolah-olah mahu kita melihat kesusahan ataupun kegagalan itu dari dua sisi.

Sisi pertama, ketika kita sendiri yang menerimanya, merasainya. Sebagai perasa dan penterjemah.

Sisi kedua, ketika kita mendengarnya, merasainya dari mulut insan tersayang. Sebagai pemerhati dan pendengar. Sebagai seorang ibu atau kakak yang memahami apa rasanya jatuh terhenyak sebegitu. Kerana kita sendiri telah merasainya.

Ketika itu, kata-kata seolah tak perlu dituturkan, kerana lidah perit menahan jerih. Mata perih menahan tangis. Pelukan. Ya. Hanya satu pelukan yang kuat dan padu, inshaAllah cukup untuk menghantar getar rasa : been there, done that. Cukup untuk mengakui bahawa, hati disini sedang memahami hati disana.

Kekuatan milik Allah. Kelemahan juga milik Allah, yang akan diambilNya pergi, sekadar untuk mencoret rasa zuhud, tawadhuk dan taqwa dalam diri, kerana kita tahu : Walibasut taqwa, dzalikal khayr

Bergembiralah dengan kelemahan sementara itu, kerana Dia sedang memerhati. Menguji hanya hambaNya yang terpilih. Allahul musta'aan. Mudah dituturkan, namun besar pengertiannya. Mendasar maksudnya.

p/s : to "They! That i love" - Allahul musta'aan. Allahul musta'aan. Allahul musta'aan.

Sunday, January 6, 2013

#24 : Berdoalah!

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Sedikit perkongsian tadabbur tentang adab² berdoa :


Dikisahkan tentang Nabi Zakaria, Nabi Allah yg penuh kelembutan, kesantunan. Baginda yang sudah lanjut usianya, tapi masih belum dikurniakan cahaya mata.


Surah Mariam (19 : 3-6)

Ayat 3 : 
Ketika dia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut.

--> gunakan suara kita yang lembut gemersik bak baldu ditiup angin ketika meminta/memohon sesuatu terhadap Tuhan kita. Tak perlu dikeraskan suara, atau dikuatkan suaranya =)

Ayat 4 : 
Dia (Zakaria) berkata, "Ya Tuhanku, sungguh tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdo'a kepadaMu, ya Tuhanku.  

--> mengakui akan kelemahan, kekurangan dan kehinaan diri dihadapan Sang Pencipta.
--> hakikat keimanan : konsep tawakkal 'alallah serta beriman pada qada' dan qadar Allah terhadap setiap apa yang terjadi.
--> biar apapun yang berlaku dan berlalu, harapan terhadap Allah memakbulkan permintaan kita tak perlu surut atau padam, biarpun terpaksa mengambil jangka waktu yang lama.

Ayat 5 :
Dan sungguh, aku khawatir terhadap kerabatku sepeninggalku, padahal isteriku seorang yang mandul, maka anugerahilah aku seorang anak dari sisiMu

--> menyatakan asbab sesuatu permintaan itu dibuat.
--> barulah menyatakan permintaan ataupun perkara yang diingini =)

Ayat 6 :
Yang akan mewarisi aku dan mewarisi dari keluarga Yaakub, dan jadikanlah dia, ya Tuhanku, seorang yang diredhai."

--> mengharapkan kebaikan terhadap permintaan yg dibuat, bukan sahaja terhadap diri sendiri, tetapi juga terhadap orang sekeliling

MashaAllah...hebat bukan tahap penceritaan Allah! disebalik bait² kata yang diturunkan, penuh dengan hikmah dan makna yang tersembunyi, terpulang pada kita untuk menyelami dan mencari hikmah petunjuk Allah itu =)

Walau apapun yang berlaku, jangan pernah putus asa, jangan pernah putus harap akan rahmat dan kasih sayangnya.

Bersama kesusahan ada kemudahan, bersama kemudahan ada kesusahan.

Life is short, strive for the ultimate reason despite everything. inshaAllah the smile will rise and come back to ourself.

fi amanillah ^_^

Monday, December 3, 2012

#23 : Monsieur Ne Croit Pas

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Terserempak dalam lif.

Mr : Berapa umur awak? 
N : 23 tahun. 
Mr : ouh, muda lagi..

Jalan lagi sama-sama menuju ke stesen metro/keretapi.

Mr : saya nak tanya satu soalan. Kenapa awak pakai tudung? *muka excited*
N : ouh, sebab ianya satu kewajipan. dan semestinya sebab saya yang memilih jalan ini. Kenapa pakcik tanya macam ni?

Mr : Saya rasa ini tidak bagus, tidak bagus. Awak masih muda, banyak masa dan awak masih bebas sebab belum berkahwin. Kenapa nak susah-susahkan diri ikut agama!?
N : Kenapa pakcik cakap macam ni? saya tak rasa diri saya susah pun *senyum*. Pakcik tak percaya pada Tuhan?

Mr : eh, mestilah saya percaya. Bahkan, saya yakin, Tuhan yang orang Islam sembah, orang Kristian sembah dan orang Yahudi sembah adalah Tuhan yang satu dan sama! Betul kan? *senyum*
N : betul tu pakcik! jadi, kenapa pakcik cakap macam tadi? *muka pelik*
Mr : sebab saya rasa tak bagus bila kita terlampau ikut dengan agama (rasanya pakcik ni nak cakap yang bertudung tu tak bagus sebab ia kelihatan kita terlalu ekstrem/taksub dengan agama anutan)

N : terdiam...(dalam otak ligat cari ayat. bercampur-campur dengan formula-formula kimia & cinetik..huhu)
Mr : Mais bon, setiap orang boleh luahkan apa yang dia rasa dan fikirkan. *senyum*

Mr : *pegang bahu*... ok lah, saya nk ke metro ni. awak pun nak naik bas ke sekolah kan. bon courage et bonne journée!
N : terima kasih pakcik! Likewise!

**************
sampai bila nak biarkan mereka bebas dengan pandangan dan pendapat mereka sendiri?

sampai bila hati tak terusik langsung dengan sensitiviti keagamaan dan ketauhidan? 

kalaupun terasa, tersentuh hati.. sekuat manakah? adakah ianya mampu membuatkan kita menuturkan kata-kata bersifat peluru yang mampu tembak benteng keegoan, keyakinan batil mereka yang belum Islam?

T______________T

Saturday, December 1, 2012

#22 : A Year

Au Nom d'Allah Clement et Misericordieux,

He gives a year. Only a year to adjust so many things.

May He who gives us this 'ilham', will lend us the courage to do this.

May the impact last before and after this one year. Forever until Jannah =')

Ya Muqollibal qulub, tsabbit qulubana 'aladdeenik wa 'alatto'atik.

Wednesday, November 28, 2012

#21 : Enteng


Au nom d’Allah Clément et Miséricordieux,

Dijalan dakwah kita mengenal lelah dan perih derita. Dijalan dakwah juga kita mengenal bunga-bunga harapan dan buah berbaik sangka. Jalan dakwah yang mengajarkan segala-galanya, yang tak bisa didapati jika hanya memilih untuk melalui jalan biasa para pejalan seperti lainnya.

Jalan dakwah mengajar untuk memiliki pelbagai jenis dan tahapan isti’ab. Usai memiliki isti’ab-isti’ab itu, iman mengajar untuk terus tunduk, merendah diri dan bahagia dengan segala apa yang diberikan, dihadapkan oleh Allah. Qana’aah dengan penuh cinta syukur.

Tidak pernah, Islam mengajar kita untuk memandang rendah, apatah lagi dengan pandangan yang enteng terhadap mereka yang belum memiliki penguasaan yang kita harapkan.

Dalam jalan cinta para pejuang,

Kesilapan, kelemahan dan lubang ‘hitam’ yang ditimbulkan oleh ikhwah akhawat lain bukanlah untuk dikondem, bukan pula untuk dikutuk dikeji sepenuh rasa jelek. Seolah kitalah yang terbaik. Kitalah yang termulia. Cara kitalah yang terbetul dan terkedepan.

Dakwah ini adalah dakwah kasih sayang. Penuh dengan rasa cinta dan kelembutan. Haruslah kebencian meluap, berburuk sangka, kekasaran nada serta sinis sindiran yang tak berpenghujung itu tiada dalam kamus hidup seorang Murabbi/Murabbiyah!

Dimana ada kecacatan, disitulah kita sebagai pembimbing, pembantu dan penggerak untuk mengerahkan dan memperbetul bersama-sama. Penuh kejujuran dan kelembutan. Pengalaman untuk dikongsi dan diambil iktibarnya bersama.

Bukankah manusia itu bisa belajar dari kesilapan?

Ahh.. mungkin terlalu sibuk kita ini hingga alpa pada mereka yang baru mahu mula merangkak dan bertatih, sedangkan kita dahulu juga begitu.

Tinggi sungguhkah jangkauan langkah kita sehinggakan kesilapan dan kealpaan kecil dipandang begitu pelik dan ‘grave’?  Susahkah untuk kita meletakkan diri ditempat mereka, kerana kita sudah terlalu jauh meninggalkan mereka dalam gerabak dakwah ini?

“Angguk-angguk geleng-geleng” 

#20 : Rindu dia


Au nom d’Allah Clément et Miséricordieux,

Lumrah manusia sifatnya tak kekal. Dia datang dan pergi. Namun, ada sesuatu pada manusia yang sentiasa ada, dan akan tetap ada.
Kenangan akhlaknya.

Pemergiannya sudah dijangka. Lama dulu. Cuma yang tak tersangka adalah rasa kehilangan yang begitu menggigit hati dan rasa. Rindu..rindu..rindu.. =’I

Ada sesuatu yang sangat dikagumi padanya. Sesuatu yang sungguh indah.
Istiqamahnya dalam bertahajud. Istimrarnya dalam menjaga qiamulail.

Bukang calang-calang orang dengan sifat sebegini. Yakin, inilah asbab kekuatannya dalam jalan dakwah.

Sifat yang tersemat dalam ingatan. Tersimpan kukuh dalam rasa hati. Sifat yang menimbulkan rasa hormat, rasa cemburu.

Semoga diri ini juga mampu bersifat dengan sifat itu. Bukan semata untuk memberi kekuatan dalam bergerak, terpenting, jalan paling mudah menggapai cinta dan redhaNya.

Ya Allah..sampaikan salam rindu ini pada ukhti itu. Sampaikan gelora rasa ini pada dia. Semoga dia juga mengingati kami dalam doa rabithahnya.

-saya rindu dia, lillahi ta’ala-