Monday, July 2, 2012

# 8: Maratib Mahabbah

Au nom d'Allah Clément et Miséricordieux

Cinta. Cinta yang menghidupkan dan menggerakkan. Itulah hakikat cinta kerana cinta adalah kata kerja.


Dalam tahapan beramal, ada maratibnya. 7 tangga igauan yang kini semakin kemilau dek percikan cahaya kebangkitan ummat. 


Tahapan bercinta juga ada maratibnya. Maratib Mahabbah.

  1. Cinta kepada Allah. Ghoyah.
  2. Cinta kepada Rasulullah saw. Qudwah.
  3. Cintakan sesama saudara. Ukhuwwah.
  4. Cintakan seluruh umat manusia. Dakwah.
  5. Cintakan harta benda. Mali lillah.
قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬
Katakanlah: "Jika kamu [benar-benar] mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[ Ali Imran : 31 ]

Aku pasti, aku pernah dan telah tersalah dalam menyusun maratib mahabbahku. Diuji dengan 3 cinta, cinta harta benda, cinta manusia dan cinta Allah. hingga akhirnya yang tetap tinggal, setia ditempatnya hanyalah cinta Allah, cinta yang haq, yang mampu menghidupkan segala yang kering dan mati.


Pemilik segala cinta. Pemilik segala kekuatan. Pemilik langit dan bumi. Pemilik malam dan siang. The best writer among the best. 


Belajar untuk dakwah? Berkahwin kerana dakwah? Berukhuwwah kerana dakwah? hatta.. Marah kerana dakwah? 


Atau itu hanya alasan picisan? Menutup lubang hitam dihati. Terpalit noda-noda nafsu yang diukir atas nama cintakan dakwah dan tarbiyah.


Itu plastik. Sungguh. Plastik. Rekayasa manusia untuk menggantikan sesuatu yang bersifat alami dan natural. Jimat kos. Jalan mudah. Boleh diwarnakan sesuka hati. Dilentur dan dibentuk mengikut acuan nafsu. Kemudian dilabel : Produk Tarbiyah 100%


Astaghfirullahalazim.. Jauh kaki tersasar dalam melangkah. Bila tersedar, segalanya seolah-olah tak mampu untuk diulang kembali. Nah, posisimu hari ini melambangkan siapa dirimu hari ini. Airmata apa lagi yang hendak dihamburkan? Ummat sedang menderita. Jiwamu juga sedang menderita. Siapa yang lebih terseksa?


Mereka atau kau? 


Kau dan kesilapanmu. Mereka dan kehidupan mereka yang ditindas. Kau mampu bangkit. Memulakan hari baru dengan penuh keazaman dan iltizam. Hatimu telah dicuci dan dibersihkan Allah. Tidakkah kau merasa makin dekat kepadaNya? dan Dia dekat denganmu? Dan dengan kedekatan ini, kau mampu melambungkan dirimu lebih jauh, jauh dari apa yang telah kau gapai harini. Demi dirimu, demi ummat yang memerlukanmu.


Harapan adalah keinginan masa hadapan. Masa silam sudah pergi. Hari ini sepatutnya lebih mendekatkan dengan pemilik segala Cinta. 


It's never too late. He just wants us all. He loves us even before we love Him. =')


Darinya masalah datang, dan kepadanya jua diserahkan semula semua masalah. Usaha dan teruslah bergerak. Hingga nyawamu diambil.


Bukankah untuk melihat bintang, perlu melalui malam yang gelap pekat?


Jannah lui-même est un cadeau. Mais il y a un prix à payer : Les larmes et Mujahadah.


  


1 comment:

  1. tgk bintang kat gugel..tayah lalau gelap malam..keh3..

    ikut nafsu, pasti buntu!

    ReplyDelete