Friday, September 7, 2012

#14 : Homesickness

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Peristiwa Hjrah :

Disebalik ketegaran mereka, Abu Bakar & Bilal tetap terkejut semasa tiba di Madinah. Demam dengan suhu yang tinggi membuat mereka merintih kesakitan. Homesickness tetap menjadi penyakit manusia. Dalam keadaan demam, Abu Bakar bersyair :

Kala pagi,
Setiap orang dapat berkumpul bersama keluarga,
Namun kematian lebih dekat dari tali terompahnya!

Apabila keadaan itu disampaikan kepada Rasulullah saw, Beliau berdoa, 
"Ya Allah, buat supaya kami mencintai Madinah ini seperti cinta kami kepada Makkah ataupun lebih banyak lagi. Sebarkan kesihatan di Madinah, berkati ukuran dan timbangannya, singkirkan sakit demamnya dan berikan saki-baki air kepadanya" 
Direkodkan oleh al-Bukhari
Bukan homesickness yang sekadar dibibir. Selsema sampai hidung berdarah sejak sampai. Tak apalah, anggap ini semua kafarah dosa² dan maksiat terdahulu & mungkin yang sedang dilakukan. Astaghfirullahal'azim.

Homesick bukan hanya terhadap tanah tumpah darah sendiri, tapi juga terhadap bandar study terdahulu. Allah Maha Merancang segalanya. Walau betapa kuat dicuba untuk terus tinggal di Toulouse, tetap bukan dalam kekuasaan kita untuk menikmatinya.

Semoga doa ini mampu menjadi mujarab hati untuk terus redha menerima bandar baru Marseille ini sebagai tempat jihad menuntut ilmu yang baru, housemate(s) baru, setelah Allah swt berkenan memberi peluang kedua untuk menebus kesilapan dan dosa² lalu..

La ila haila Anta, subhanaka inni kuntu minazzolimiin.

Thursday, September 6, 2012

#13 : Ansar & Muhajirin

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Terperanjat kota Qadisiyah menyaksikan pasukan Muhajirin & Ansar menyeberangi sungai yang membatasi mereka dengan kem pasukan Persia. Bangsa Arab yang 'tidak mengenal air' ini menjadi begitu berani, saling berganding tangan, saling merangkul membelah Eufrat yang deras.

Ceritanya belum selesai, ada yang lebih mengejutkan. Rombongan besar itu tiba-tiba berhenti di tengah arus yang deras dan semuanya membongkok sambil meraba-raba kedalam riak. "Bekas airku. Bekas airku jatuh", seru salah seorang anggota pasukan orang Islam. Hal ini membuat puluhan ribu tangan mengaduk-aduk Eufrat seketika bagi mencarinya.

Panglima Persia dan pasukannya yang tegang menanti diseberang dengan pedang terhunus, tercekik tenggoroknya. Seluruh pasukan mengaduk-aduk Sungai Eufrat hanya kerana bekas air? "Lalu bagaimana apabila salah seorang daripada mereka terbunuh disebabkan kita?", serunya.

Ya, mereka tidak pernah mengerti ukhuwwah sebelum merasainya. Apabila pedang menebas ahli pasukan orang Islam, orang yang kena pedang tidak berteriak kerana mereka hanya merasakan cubitan yang menghantarnya menuju keredhaan yang empunya segalanya. Justeru, yang berteriak adalah saudara seiman yang berada disampingnya.

"Aaah!!", melengking suaranya. "Saudaraku, engkau mendahuluiku ke syurga! Engkau mendahuluiku ke syurga!".
"Orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah) daripada Muhajirin & Ansar dan orang yang menurut mereka dengan kebaikan, Allah redha kepada mereka dan mereka pula redha kepadaNya, serta Allah menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya selama-lamanya. Itu adalah kemenangan yang besar."
Surah at-Taubah (9 : 100)

Salim Akhukum Fillah, Biar Bidadari Mencemburui Dirimu, Bab 6 : Dikelas-kelas Cinta, Subtopik 4 : Pada Iman, Hijrah dan Jihad, CINTA adalah Warnanya