Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,
Terperanjat kota Qadisiyah menyaksikan pasukan Muhajirin & Ansar menyeberangi sungai yang membatasi mereka dengan kem pasukan Persia. Bangsa Arab yang 'tidak mengenal air' ini menjadi begitu berani, saling berganding tangan, saling merangkul membelah Eufrat yang deras.
Ceritanya belum selesai, ada yang lebih mengejutkan. Rombongan besar itu tiba-tiba berhenti di tengah arus yang deras dan semuanya membongkok sambil meraba-raba kedalam riak. "Bekas airku. Bekas airku jatuh", seru salah seorang anggota pasukan orang Islam. Hal ini membuat puluhan ribu tangan mengaduk-aduk Eufrat seketika bagi mencarinya.
Panglima Persia dan pasukannya yang tegang menanti diseberang dengan pedang terhunus, tercekik tenggoroknya. Seluruh pasukan mengaduk-aduk Sungai Eufrat hanya kerana bekas air? "Lalu bagaimana apabila salah seorang daripada mereka terbunuh disebabkan kita?", serunya.
Ya, mereka tidak pernah mengerti ukhuwwah sebelum merasainya. Apabila pedang menebas ahli pasukan orang Islam, orang yang kena pedang tidak berteriak kerana mereka hanya merasakan cubitan yang menghantarnya menuju keredhaan yang empunya segalanya. Justeru, yang berteriak adalah saudara seiman yang berada disampingnya.
"Aaah!!", melengking suaranya. "Saudaraku, engkau mendahuluiku ke syurga! Engkau mendahuluiku ke syurga!".
"Orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah) daripada Muhajirin & Ansar dan orang yang menurut mereka dengan kebaikan, Allah redha kepada mereka dan mereka pula redha kepadaNya, serta Allah menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya selama-lamanya. Itu adalah kemenangan yang besar."Surah at-Taubah (9 : 100)
Salim Akhukum Fillah, Biar Bidadari Mencemburui Dirimu, Bab 6 : Dikelas-kelas Cinta, Subtopik 4 : Pada Iman, Hijrah dan Jihad, CINTA adalah Warnanya
No comments:
Post a Comment