Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,
Peristiwa Hjrah :
Disebalik ketegaran mereka, Abu Bakar & Bilal tetap terkejut semasa tiba di Madinah. Demam dengan suhu yang tinggi membuat mereka merintih kesakitan. Homesickness tetap menjadi penyakit manusia. Dalam keadaan demam, Abu Bakar bersyair :
Kala pagi,
Setiap orang dapat berkumpul bersama keluarga,
Namun kematian lebih dekat dari tali terompahnya!
Apabila keadaan itu disampaikan kepada Rasulullah saw, Beliau berdoa,
"Ya Allah, buat supaya kami mencintai Madinah ini seperti cinta kami kepada Makkah ataupun lebih banyak lagi. Sebarkan kesihatan di Madinah, berkati ukuran dan timbangannya, singkirkan sakit demamnya dan berikan saki-baki air kepadanya"
Bukan homesickness yang sekadar dibibir. Selsema sampai hidung berdarah sejak sampai. Tak apalah, anggap ini semua kafarah dosa² dan maksiat terdahulu & mungkin yang sedang dilakukan. Astaghfirullahal'azim.Direkodkan oleh al-Bukhari
Homesick bukan hanya terhadap tanah tumpah darah sendiri, tapi juga terhadap bandar study terdahulu. Allah Maha Merancang segalanya. Walau betapa kuat dicuba untuk terus tinggal di Toulouse, tetap bukan dalam kekuasaan kita untuk menikmatinya.
Semoga doa ini mampu menjadi mujarab hati untuk terus redha menerima bandar baru Marseille ini sebagai tempat jihad menuntut ilmu yang baru, housemate(s) baru, setelah Allah swt berkenan memberi peluang kedua untuk menebus kesilapan dan dosa² lalu..
La ila haila Anta, subhanaka inni kuntu minazzolimiin.
dah pindah marse? tak bagitau ponnnnnnnn...mesej2..jangan wasep..wasep rosak!!! huhu
ReplyDelete