Wednesday, November 14, 2012

#19 : Awal Tahun

Au Nom d'Allah Clement et Misericordieux,

Sepanjang perjalanan dalam bas, tak henti-henti hati berdoa..

Minta dilupakan segala yang pahit tahun lepas,
Minta disembuhkan segala yang sakit tahun lepas,
Minta didekatkan dengan Dia =')

Sampai-sampai dirumah, ada nenek berdiri depan lift. Tegak, kaku. Tangan dia penuh dengan kertas suratkhabar & beberapa helai surat. Aku bertanya, mahu aku tolong bukakan pintu lift kah? Dia dengan terketar-ketarnya menjawab :

"Saya hanya nak pergi poskan surat-surat ni dekat kedai depan tu. Tapi saya tak larat nak jalan keluar sampai sana". Air muka yang sangat sedih. Lantas aku menghulurkan bantuan untuk pergi poskan surat-surat dia. Walaupun tangan sendiri penuh. Terus dipeluk dan diciumnya aku. Kejap dan kuat. Masih terasa lagi bahang nafas nenek tu. 

Katanya tinggal di tingkat sepuluh. Umurnya lapan puluh empat tahun. Mujur ada lift bukan.

Ahh..bergenang air mata. Terus teringat mak dan ayah. Janji, aku takkan tinggalkan mereka begitu saja dihari-hari tua mereka. Janji. Walau dalam apa keadaan pun. 

Robbirghfirli wali walidaiyya, warhamhuma kama Robbayani soghiro

No comments:

Post a Comment