Au nom d’Allah Clément et Miséricordieux,
Dijalan
dakwah kita mengenal lelah dan perih derita. Dijalan dakwah juga kita mengenal
bunga-bunga harapan dan buah berbaik sangka. Jalan dakwah yang mengajarkan
segala-galanya, yang tak bisa didapati jika hanya memilih untuk melalui jalan
biasa para pejalan seperti lainnya.
Jalan
dakwah mengajar untuk memiliki pelbagai jenis dan tahapan isti’ab. Usai
memiliki isti’ab-isti’ab itu, iman mengajar untuk terus tunduk, merendah diri
dan bahagia dengan segala apa yang diberikan, dihadapkan oleh Allah. Qana’aah
dengan penuh cinta syukur.
Tidak
pernah, Islam mengajar kita untuk memandang rendah, apatah lagi dengan
pandangan yang enteng terhadap mereka yang belum memiliki penguasaan yang kita
harapkan.
Dalam jalan cinta para pejuang,
Kesilapan, kelemahan dan lubang ‘hitam’ yang ditimbulkan
oleh ikhwah akhawat lain bukanlah untuk dikondem, bukan pula untuk dikutuk
dikeji sepenuh rasa jelek. Seolah
kitalah yang terbaik. Kitalah yang termulia. Cara kitalah yang terbetul dan terkedepan.
Dakwah ini
adalah dakwah kasih sayang. Penuh dengan rasa cinta dan kelembutan. Haruslah kebencian
meluap, berburuk sangka, kekasaran nada serta sinis sindiran yang tak
berpenghujung itu tiada dalam kamus hidup seorang Murabbi/Murabbiyah!
Dimana ada
kecacatan, disitulah kita sebagai pembimbing, pembantu dan penggerak untuk
mengerahkan dan memperbetul bersama-sama. Penuh kejujuran dan kelembutan.
Pengalaman untuk dikongsi dan diambil iktibarnya bersama.
Bukankah
manusia itu bisa belajar dari kesilapan?
Ahh..
mungkin terlalu sibuk kita ini hingga alpa pada mereka yang baru mahu mula
merangkak dan bertatih, sedangkan kita dahulu juga begitu.
Tinggi
sungguhkah jangkauan langkah kita sehinggakan kesilapan dan kealpaan kecil
dipandang begitu pelik dan ‘grave’?
Susahkah untuk kita meletakkan diri ditempat mereka, kerana kita sudah
terlalu jauh meninggalkan mereka dalam gerabak dakwah ini?
“Angguk-angguk
geleng-geleng”
No comments:
Post a Comment