Sunday, June 17, 2012

#7 : fainna ma'al usri yusra, inna ma'al usri yusra

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

=================================

26 Rejab 1433H, Sabtu, 11h30 pagi waktu France, 17h30 waktu Malaysia.

Anak : Mak sihat? 
Mak : Sihat, alhamdulillah. Exam macam mana? ok tak? cikgu cakap apa?


Anak : .... (perbualan dirahsiakan) .... T_T
Mak : Emak sekarang pergi majlis berzanji, berdzikir dan kadang² selawat sama ramai² dgn kawan² mak dekat Panchor setiap Rabu. Kadang² ada belajar ilmu² agama sikit. Hari Selasa dan Khamis, mak pergi surau, ada kelas fardhu ain. Haritu mak minta mereka bacakan yasin utk adik, supaya tenang jawab exam, dipermudahkan dan diluluskan.


Anak : Eyh, macam USRAH je ni! Mak JOIN USRAH ke sekarang? Pergi naik apa? Ayah hantar ke? (eksaited.. =_=!)
Mak : hehe..aah, macam usrah lah. belajar sama² dengan seorang ustazah ni. Mak pergi dengan Mck Nab, dia ambil mak setiap petang dekat rumah.


Anak : Subhanallah! Bestnya! (dengar suara mak tergelak dan boleh bayang she's smiling!).. Ade orang² muda tak yang join? baya-baya adik or Ain ke..? Boleh suruh Ain join usrah sekali! 
Mak : (gelak²..) Takde.. Ni khas tuk orang² pencen yo.. yang dekat surau pun sama juga.. Orang² tua je. Haritu pun, memang mak minta tolong KAWAN² USRAH MAK ni bacakan yasin, beberapa kali juga utk adik.. apapun keputusannya, semoga Allah permudahkan.


====================================

Allahu Allah! Nikmat-Mu yang mana lagi harus dinafikan? Ibu telah pun bersama menaiki gerabak tarbiyah yang sedang bergerak laju masakini. Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah. Hanya sujud syukur yang mampu dipanjatkan.


Fiz zulumaati ilan nuur. Dari kegelapan kepada cahaya. 

Fabiayyi 'ala iRobbikuma tukazziban. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? 

Sesungguhnya memang manusia insan yang lemah. Hina. Tapi, manusia tak pernah berhenti dari berharap. 

Mengharapkan jiwa yang mutma'innah.
Mengharapkan kejayaan dunia & akhirat. 
Mengharapkan khusnul khotimah. 
Mengharapkan pertemuan dengan Robb nya. 

Terlalu banyak pengharapan. Kepada siapa lagi harus digantungkan semuanya, kalau bukan hanya kepada Allahul-Mujeeb al-Wadood? 


Learn patience from Asiyah (wife of Pharaon)
Learn loyalty from Khadijah (first wife of Prophet Muhammad saw)
Learn purity from Mariam (mother of Isa as)
Learn sincerity from Aisha (wife of Prophet Muhammad saw)
Learn steadfastness from Fatima (daughter of Muhammad saw) 

5 wanita agung, yang sangat dicemburui keperibadiannya, terutama Khadijah ra. Dalam doamu, tak pernah berhenti dari meminta ketabahan dan kesetiaan seperti Khadijah ra. Nah, sedang kau dapatinya, melalui masa-masa sukarmu sekarang. 


Jangan berhenti. Jangan lelah Little Heart. Allah kan ada. Giving your Mom to ride with you, is only the Muqaddimah (I guess..huhu). Allah dengar segala-galanya. Jangan takut. Jangan risau. The time will come =')


Semoga keluarga ini, juga bakal keluarga yang akan dibina (hanya Allah yang Maha Tahu bilakah masanya) tergolong dalam gerombolan yang akan diiringi ke syurga Allah pada Hari Akhir nanti. Samada mereka masih hidup sekarang, ataupun telah dulu menyambut panggilan Ilahi. (same du'a for all my ukhtikunna fillah) ^.^v


halawatul iman. strive for it. struggle for it.


-ummi wardah- 

Thursday, June 14, 2012

#6 : Sentalan sibghatullah

Au nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Bila mood mencuci, mengemas dan menyental rumah tu datang tiba², habislah berkilat satu rumah, termasuk peti ais sekali. Luar dan dalam : voilà..marvellous! speechless sebab teruja dengan kebolehan diri membersih dan menyental dengan sebegitu rupa =)


Terkadang terfikir, kenapa kita suka sangat menyental & mencuci, terutamanya perempuan. Menambah perisa, bilamana perencahnya adalah rasa stress, sedih, kecewa dan serabut. Air mata yang menitik bersama setiap sentalan, berjaya membantu sabun menghasilkan 'micelles²' yang akhirnya menyahkan kotoran pergi bersama bilasan air. Lalu, tinggallah permukaan yang bersih, licin dan wangi. 


Usai sentalan : Puas. Seronok. Senyum, walau terkadang air mata masih bertakung ditirai mata.


Hati. Inilah analogi hatimu dan pembersihannya. Tazkiyatun nafs. Terkadang kita terlalu sedih, kecewa, buntu dengan kehendak takdir yang seolah-olah menghenyak kita ke landasan paling bawah dan gelap dalam kehidupan. Serasakan usaha selama ini seolah-olah dikhianati. Astaghfirullahal'azim.. T_T


Tercampak kesudut penuh hitam, suram, duka nestapa. Liku-liku kehidupan tegar menyeksa dan menyesakkan dada. Apatah lagi apabila melihat banyaknya anak tangga yang masih perlu didaki. Sedangkan diri berkoyan perlu dibaiki. Terasa kerdil dan lemah sekali. Hingga terlupa firman Allah swt :

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ (١٨٦
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka [jawablah], bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi [segala perintah] Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (186)
al-Baqarah

Allah, betapa mudahnya hati ini lalai dengan air mata dan nestapa yang menjengah. Mudahnya keluh-kesah dihambur keluar dari bejana lidah ini! T_T 


Hakikatnya, kesakitan dan kepayahan adalah proses pembersihan. Hati yang selama ini lalai, bukan sahaja ketika ditimpa kesenangan, bahkan juga lalai ketika ditimpa kesusahan. Merajuk dengan ketentuan Allah. Wahai hati, sedarkah pabila kau mula mengabaikan dirimu, mengabaikan tanggungjawabmu, dek kerana melayan rasa duka, kau sudah dikira merajuk dengan Allah swt?


Jangan hati. Tolonglah jangan ulangi kesilapanmu. Cukup hanya sekali. Seorang mukmin itu tidak akan jatuh kedalam lubang yang sama buat kali kedua. Nukilan tazkiyatun nafs khas untukmu hati, yang diberi Allah swt, sesuai dengan kemampuanmu.


Bersabarlah dan teruslah mara kehadapan. Mungkin kau dikira gagal buat masa ini, didunia. Namun, jika kau berjaya mengutip ibrah, pedoman dan hikmahNya, nescaya ketentuan yang lebih baik sedang mengintai untuk melamarmu. Percayalah.
فَٱصۡبِرۡ لِحُكۡمِ رَبِّكَ وَلَا تُطِعۡ مِنۡہُمۡ ءَاثِمًا أَوۡ كَفُورً۬ا (٢٤
Maka bersabarlah kamu untuk [melaksanakan] ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka. (24)
al-Insaan

Hatimu sedang disental sekuat-kuatnya oleh sibghatullah. Pedih. Terluka. Pilu. Bertenanglah wahai hati, berdzikir dan bersolatlah. Tetaplah terus tersenyum dan laksanakanlah kewajipanmu hanya kerana Allah, bukan kerana natijahnya. 


Muhasabahmu adalah micelles² yang membawa pergi kotoran jahiliyah yang melekap dihatimu.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلۡإِنسَـٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدۡحً۬ا فَمُلَـٰقِيهِ (٦
Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya [1]. (6)
al-Inshiqaq


-Ummi Wardah, pasca rattrapage sessi 1-

Saturday, June 9, 2012

#5 : Inspirasi

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Jika mereka bertanya kepadamu tentang semangat
Jawablah :


Bahawa bara itu masih tersemat dalam dadamu!


Bahawa api itu masih bersemayam dalam dirimu!


Bahawa matahari itu masih terbit dari hatimu!


Bahawa letupan itu siap meledak dalam duniamu!


Katakan itu kepada mereka,
Orang-orang yang ragu akan kemampuanmu.


Kerana mimipimu saat ini
Adalah kenyataan hari esok!


-HAB-


Allah, dalam setiap mehnah yang tiba, semoga setiap pilihan yang dibuat hanyalah mendekatkan diri ini dan mereka disekeliling kepadaMu. Makes us stronger and more grateful person behind all these tribulations, ya Rahman.

Sunday, June 3, 2012

#4 : Pengorbanan yang indah


Au nom d’Allah Clément et Miséricordieux

Cinta menghasilkan momentum. Momentum menghasilkan daya yang akhirnya bisa menggerakkan anggota tubuh untuk terus mara berjuang, demi mendapatkan redhaNya.

Sedangkan pengorbanan itu adalah suatu derita. Siapa berani mengakui pengorbanan itu sentiasa indah dibayangi pelukan kasih sayang serta ucapan penghargaan ? pengorbanan menuntut segala-galanya, tout et tous.

Kalau bukan kerana tarbiyah sibghatullah, mungkin ada hati-hati yang terbujur kaku, terevaporasi seiring keperitan kesan pengorbanan yang dilalui. Na’udzubillahi  min zalik.

Alhamdulillah, tarbiyah kita mengajarkan erti cinta. Segalanya dilakukan atas nama cinta. Cinta kepada Sang Agung pemilik segala cinta. Mahabbah dan muraqabatullah. Dua rasa yang tak pernah lesu dalam mengisi ruang hati para dai’eyah yang cintakan keamanan, dahagakan maradhotillah serta ganjaran syurga tertinggi.

Kerana cinta, kita berpegang pada kata-kata :  “Infiruu khifafan wa tsiqolan” (9:41)

Juga : "wa aqrodhullah ha qordhon hasanan" (57:18)

Lantas, pengorbanan tidak lagi dirasakan perit. Kerana ia adalah manifestasi perbuatan yang dilakukan atas nama satu cinta. Cinta kepada Allah.

Ukhtikunna fillah, setiap kali dadamu sesak dengan pahitnya pengorbanan yang harus dilakukan, tataplah wajah akhawatmu yang lain. Semak kisahnya, mungkin dirinya lebih terluka dalam mengharungi kepahitan hidup. Bahkan boleh jadi, pengorbanannya lebih besar dari apa yang dilihat dengan pandangan mata manusiawi  kita yang majazi.

Bisiklah kehatimu, "aku sayangkanmu ukhtiku. Ikatan ukhuwwah yang bersimpul padu ini takkan goyah walau sepicing atas pengorbanan yang harus dilakukan. Inilah hadiahku buatmu". Tataplah matanya dengan penuh mesra, dengarkanlah tutur bicaranya dengan sabar dan hati yang penuh lapang. Teruslah setia menemaninya disisimu, moga suatu hari nanti, kebahagian yang diimpi dikecapi bersama.

"Mereka itulah orang-orang yang dalam hatinya telah ditanamkan Allah keimanan dan Allah telah menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang dari Dia. Lalu dimasukkannya kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Merekalah golongan Allah. Ingatlah sesungguhnya golongan Allah itulah yang beruntung"
(59:22)





Friday, June 1, 2012

#3 : Eolienne


Bismillahirrahmanirrahim,


Kental, tegar, lembut, ayu, tegas. Personifikasimu.


Figura dari tanah kelahiran Sarkozy dan Chirac yang sangat menggamit hati (Betul tak tipu). Mesmerize! Pertemuan pertama kita pada tahun 2008 ketika menaiki keretapi bersama 3 bidadari duniaku.


Contrôleur memperkenalkan namamu. Bersungguh dia mengajar kami cara sebutan yang betul. Terbelit lidah. Unik. Membuatkan hati dan fikiran ini tak mampu melupakanmu. Putih bersih warnamu, menjulang ke langit tinggimu, halus mulus bilah sayapmu, lembut mempesona putaranmu. Zaadutmu angin, makhluk istimewa yang sentiasa patuh arahan Sang Kholiq. Medan amalmu; menjana kuasa elektrik dari kuasa alam semulajadi yang satu ini.


Pelik. Bagaimana bisa aku menjadi pemuja rahsiamu dalam diam, Eolienne. Tidakkah kau sedar, padamu aku melihat bayangan seorang wanita? Wanita Muslimah, idaman setiap perempuan didunia ini.


Putihmu, melambangkan kesucian seorang muslimah yang dekat dengan Robbnya. Wudhu’, tahajjud, doa yang penuh pengharapan serta rasa khauf dihadapanNya Yang Maha Satu. Seolah-olah bersih dari noda-noda jahiliyah yang dahulu mewarnai dan menyelebungi nafasmu.


Tinggi menjulang tubuhmu, melambangkan kekuatan dan ketabahan yang kau miliki. Emosional. Fitrah seorang wanita. Tetapi, Wanita Muslimah itu berbeza. Mampu menyerap hentakan-hentakan padu Sang Hitam, dari pelbagai sudut orientasi dan mehnah yang tak pernah letih bertandang
menerobos ruang hatimu yang lembut itu. Dari mana datangnya kekuatan dan ketabahan itu wahai Muslimah? Dari bacaan tilawatul Quran mu yang tak pernah putus, juga dari kesetiaanmu dalam melaksanakan solat diawal waktu.


Kebenaran kalimah yang kau junjung dan bawa bersama setiap detik, membuatkan semua yang cuba memandangmu tertunduk malu. Hormat pada Muslimah yang tegar menegakkan kalimah Al-Aziz dimuka bumi ini.


Bilahmu tajam dan halus, seintonasi dengan bait-bait kata yang kau lontarkan dengan penuh kasih sayang. Kehalusan yang membawa kepada pekanya Wanita Muslimah itu terhadap masalah dan keretakan mereka yang berada disekelilingmu. Sensitif. Semakin deras angin medan amalmu yang mendatang, semakin ligat kau berputar, demi memastikan penerusan penjanaan tenaga sentiasa berlaku. Tidak pernah kau patah, walau bilahmu halus dan runcing walau kelukaan acapkali kau alaminya. Tercalar. Tapi, itulah zaadutmu. Tak pernah walau sekali, kau berputar melawan arah yang telah ditetapkan kepadamu walau terkadang angin yang menderu itu memang menggoyahkan bilahmu!


Muslimah, lihatlah sekelilingmu. Kau tak pernah bersendirian. Eolienne juga tak pernah dibina berseorangan dalam menjana angin, menjadi satu tenaga kimia yang boleh mengalirkan arus. Kau mempunyai ikatan ukhuwwah yang istimewa. Berbahagialah kerana kau telah dijadikanNya dengan mulia, wa SubhanAllah, Rasul saw junjungan Allah juga memuliakanmu.


Setiap apa yang kau lalui, percayalah Allah swt itu ada. Dia akan tetap ada. Pandanglah ke langit, bila sekelilingmu terasa menyesakkan. Lantas, akan kau lihat langit tersenyum padamu, hujan juga turun demi menyampaikan rahmatNya padamu. Kerana itulah, éolienne dibina secara menegak, bukan
melintang, kerana kekuatan Muslimah itu, ada pada hubungan ‘vertical’ nya dengan Allah swt.


Alam tidak pernah kecewa dalam mengajar kita untuk sentiasa berbalik kepada fitrah asal kita. Jangan lelah melihat, jangan lelah mendengar, jangan lelah mencari. Kerana disebalik alam yang terbentang, tersembunyi pelbagai khazinatul asrar. Manfaatkanlah waktumu.


Ah, cuti musim panas tiba lagi. Selamat bercuti dan mentadabbur! =)


Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami
meninggikannya dan menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikitpun (6)
Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung-gunung yang kokoh dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata, 
(7) 
untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali [mengingatAllah]. 
(8)

#2 : janji


Bismillahirrahmanirrahim,
AKU KENA CEKAP….
Sebagai daei
Sebagai aktivis dakwah
Sebagai anak
Sebagai kakak
Sebagai saudara mara
Sebagai jiran
Sebagai pekerja
Sebagai kawan
Sebagai bakal pelajar
Sebagai bakal isteri
Sebagai bakal menantu
Sebagai bakal ibu
Sebagai bakal majikan
Sebagai dan sebagainya
inshaAllahu ameen.
Robbana la tuzig qulubana ba'da idzhadaitana wahablana min ladunka rohmah, innaka Antal wahhab
Ali Imran [3:8]

#1 : ukhti fillah

Bismillahirrahmanirrahim,

di satu lepas maghrib aku rindu
pada ukhti terkasihku
kukirim pesan padanya
"ukhti, adakah tersisa kata untukku hari ini?"

dia menjawab, "doakan aku ukhti..."
kujawab, "selalu ukhti, insyaAllah. adakah kau pon mendoakan aku?"
"insyaAllah", jawabnya lagi.

aku tersedar telah melupakan sesuatu
lalu bertanya lagi
"adakah permintaan khas,
yang kau ingin aku memohonkannya pada Allah untukmu?"
agak lama dia menjawab persoalan kukali ini.

lalu setelah isya' tertunaikan...
"lembutkan hatiku. ampuni dosaku. perbaiki amalku.
aku merasa hati ini keras. keras sekali."

malam kian larut
menjelang istirehatku
aku mengatakan sesuatu
yang lebih tepat ditelujukan pada diri ku.

"ketika Sa'd ibn Abi Waqas minta didoakan agar doanya mustajab,
Rasulullah bersabda kepadanya, 'bantulah aku hai Sa'd,
dengan memperbaiki makananmu' "

"ketika seorang sahabat lain minta didoakan agar boleh
bersama sang nabi di syurga, baginda bersabda padanya,
'bantulah aku dengan memperbanyak sujud' "

"ukhti sayang, doa aku jauh sekali kualitinya daripada doa sang nabi.
baginda sendiri meminta para sahabat yang didoakan membantu doanya dengan ikhtiar mereka, maka
harapan aku agar ikhtiar kau berlipat-lipat ukhti..."
"betul kan ukhti?"

dengan gerimis, lalu kuhayati firman Allah yang kusampaikan padanya
"beramallah berikhtiarlah, maka allah, rasul dan orang beriman
akan melihat amal kalian"
"teriring doa aku selalu, semangat ukhti!"

diedit khas buat ukhti tersayang dari KERINDUAN oleh Salim A.Fillah



===================
post pertama blog ini dimulakan dengan hadiah puisi yang diberi oleh seorang ukhtiku, murabbiku, teman rapatku.

benar. jauh, tapi saling merasa, saling mendengar. kerana Allah itu ada dan Dia Maha Menyampaikan. setiap rasa pada setiap detik. jazakillahu khoiyran khateera ya ukhti. mungkin kau tidak mengetahui, betapa besarnya nilai puisimu ini kepadaku, disaat diri ini benar-benar memerlukan kata-kata yang boleh memeluk diri dan menghangatkan hati yang kian suram.

semoga dirimu jua senantiasa dilindungi Allah yang maha Esa. setiap saat dalam desah nafasmu, ukhti fillah.

wallahu'alam