Thursday, June 14, 2012

#6 : Sentalan sibghatullah

Au nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Bila mood mencuci, mengemas dan menyental rumah tu datang tiba², habislah berkilat satu rumah, termasuk peti ais sekali. Luar dan dalam : voilà..marvellous! speechless sebab teruja dengan kebolehan diri membersih dan menyental dengan sebegitu rupa =)


Terkadang terfikir, kenapa kita suka sangat menyental & mencuci, terutamanya perempuan. Menambah perisa, bilamana perencahnya adalah rasa stress, sedih, kecewa dan serabut. Air mata yang menitik bersama setiap sentalan, berjaya membantu sabun menghasilkan 'micelles²' yang akhirnya menyahkan kotoran pergi bersama bilasan air. Lalu, tinggallah permukaan yang bersih, licin dan wangi. 


Usai sentalan : Puas. Seronok. Senyum, walau terkadang air mata masih bertakung ditirai mata.


Hati. Inilah analogi hatimu dan pembersihannya. Tazkiyatun nafs. Terkadang kita terlalu sedih, kecewa, buntu dengan kehendak takdir yang seolah-olah menghenyak kita ke landasan paling bawah dan gelap dalam kehidupan. Serasakan usaha selama ini seolah-olah dikhianati. Astaghfirullahal'azim.. T_T


Tercampak kesudut penuh hitam, suram, duka nestapa. Liku-liku kehidupan tegar menyeksa dan menyesakkan dada. Apatah lagi apabila melihat banyaknya anak tangga yang masih perlu didaki. Sedangkan diri berkoyan perlu dibaiki. Terasa kerdil dan lemah sekali. Hingga terlupa firman Allah swt :

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ (١٨٦
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka [jawablah], bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi [segala perintah] Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (186)
al-Baqarah

Allah, betapa mudahnya hati ini lalai dengan air mata dan nestapa yang menjengah. Mudahnya keluh-kesah dihambur keluar dari bejana lidah ini! T_T 


Hakikatnya, kesakitan dan kepayahan adalah proses pembersihan. Hati yang selama ini lalai, bukan sahaja ketika ditimpa kesenangan, bahkan juga lalai ketika ditimpa kesusahan. Merajuk dengan ketentuan Allah. Wahai hati, sedarkah pabila kau mula mengabaikan dirimu, mengabaikan tanggungjawabmu, dek kerana melayan rasa duka, kau sudah dikira merajuk dengan Allah swt?


Jangan hati. Tolonglah jangan ulangi kesilapanmu. Cukup hanya sekali. Seorang mukmin itu tidak akan jatuh kedalam lubang yang sama buat kali kedua. Nukilan tazkiyatun nafs khas untukmu hati, yang diberi Allah swt, sesuai dengan kemampuanmu.


Bersabarlah dan teruslah mara kehadapan. Mungkin kau dikira gagal buat masa ini, didunia. Namun, jika kau berjaya mengutip ibrah, pedoman dan hikmahNya, nescaya ketentuan yang lebih baik sedang mengintai untuk melamarmu. Percayalah.
فَٱصۡبِرۡ لِحُكۡمِ رَبِّكَ وَلَا تُطِعۡ مِنۡہُمۡ ءَاثِمًا أَوۡ كَفُورً۬ا (٢٤
Maka bersabarlah kamu untuk [melaksanakan] ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka. (24)
al-Insaan

Hatimu sedang disental sekuat-kuatnya oleh sibghatullah. Pedih. Terluka. Pilu. Bertenanglah wahai hati, berdzikir dan bersolatlah. Tetaplah terus tersenyum dan laksanakanlah kewajipanmu hanya kerana Allah, bukan kerana natijahnya. 


Muhasabahmu adalah micelles² yang membawa pergi kotoran jahiliyah yang melekap dihatimu.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلۡإِنسَـٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدۡحً۬ا فَمُلَـٰقِيهِ (٦
Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya [1]. (6)
al-Inshiqaq


-Ummi Wardah, pasca rattrapage sessi 1-

No comments:

Post a Comment