Wednesday, January 16, 2013

#26 : Kerana Cincin Kahwin Begitu Berharga!?

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Stesen Metro Hotel de Ville, Marseille.

Metro tiba. Orang ramai berpusu-pusu keluar. Berpusu-pusu juga yang mahu masuk. Ada dua tempat kosong. Sebelah-menyebelah. Diambil satu. Tinggal satu kosong lagi. Sepasang warga tua masuk. Sepasang suami isteri rupanya. Tua pikun. Tangan menggeletar. Parkinson mungkin..lewat usia senja.

Si Suami terus memapah si Isteri duduk di kerusi kosong. Tangan dihulurkan tanda tetap ingin memegang si Isteri. Bimbang terjatuh mungkin. Sepantas kilat pula dibangunkan diri, ingin memberi ruang duduk kepada si Suami agar berdampingan duduknya dengan si Isteri. Biar kelihatan bahagia, biar tak terpisah, walau mungkin panggilan ajal semakin dekat. 

Lantas dimarahi oleh si Suami, menyuruh duduk kembali. Beriya-iya mahu bangun, beriya-iya pula dimarahinya..huhu..Penumpang lelaki dihadapan pula cuba memberikan kerusinya, namun sama nasibnya, dimarahi dengan muka bengis..hehe. si Isteri terpinga-pinga, lantas bertanya kepada siapa mahu diberikan kerusi. 

kepada Atuk itu. Oh, itu suami saya. Nenek itu tersenyum mesra. Lantas dipeluknya lengan, tanda berterima kasih. si Suami tegar berdiri, sehingga benar ada kerusi kosong diantara kami, baharulah didudukinya. Destinasi tiba, mereka turun beringan, terketar-ketar, namun tetap tangan si Isteri kejap dipegang suami. Cincin juga masih dijari si Isteri. Ohh!! MasyaAllah! so sweeetttt  ^_____^

Islam dimana-mana. Akhlak Islamiah dimana-mana, bukan melalui individu Muslim itu sendiri, tetapi melalui insan lain.. Ohh!! tersentap jiwa. Kembang-kempis dada menahan sebak, menilaikan perilaku sendiri. Di bumi ini, penuh kasih-sayang tak kira tua atau muda. Pastinya, tarbiyah yang mereka alami begitu hebat, sehingga tak mampu dipincang oleh arus modenisasi.

Memang tarbiyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah. *ayat mainstream* Tanpa tarbiyah, mungkin kita takkan faham apa itu empati, apa itu kasih-sayang sesama insan. Yang ada mungkin kau-kau, aku-aku. Cross over the limit, no. Menjadi asing dibumi asing. Asbab utama, kenapa ramai yang mencari nilai harga diri dan jati diri diri yang hilang dimamah zaman.

Malu, kerana jati diri itu ditemui pada bangsa lain, namun bukan pada bangsa sendiri. Lantas dihayun langkah kaki mencari erti-erti hidup. Akhirnya bertemu jawapannya, tarbiyah. Tarbiyah takwiniah. Tak mengira usia, tak mengira zaman, konsep tarbiyah takwiniah tetap mampu digunapakai, utuh sampai bila-bila. Asas pembentukan individu Muslim yang mengamalkan ajaran Islam yang syumul, kamil, mutakamil.

Secicip ujian yang diberikan, seharusnya sejuta nikmat syukur dilagukan. Tanda dipandangNya, tanda tarbiyah sedang terkesan dalam diri, tersemat dalam hati. Tak mungkin boleh pergi jauh tanpa tarbiyah ini. Tak mungkin melompat lebih tinggi bak Sheila on 7 kalau tak merasai proses pembakaran tarbiyah dalam usaha mentakwin diri juga mutarabbi. 

Kerana tarbiyah, diri berharga. Pasangan hidup juga berharga. Keluarga juga berharga. Hatta setiap insan disekeliling amat berharga. 

Tarbiyah mungkin boleh mencalarkan diri, membuatkan nanar mencari titik pusingan hidup, kembali pada fitrah insani.. Tarbiyah mungkin juga boleh tercalar, akibat diri yang lalai dan alpa, merasa hebat apabila sudah ditakwin, sedangkan proses pentakwinan hanya berakhir apabila jasad pulang semula bertemu tanah.

tik tok tik tok tik tok.

Apa sahaja tarbiyah yang kita telah dapati dan pelajari harini? Astaghfirullahal'adzim

Ayuh muhasabah =)

Friday, January 11, 2013

#25 : They (that i love)

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Tahun Baru. Resolusi Baru. Berita Baru.

Bukan pertama kali. Perkara yang menimpa kita, akhirnya akan menimpa jua mereka sekeliling kita. Ibrah mungkin, peristiwa kita untuk orang lain.

Atau mungkin, itu satu cara Allah untuk memudahkan kita bercerita tentang isi dan pengalaman. Tarbiyah dan kegelapan. Bukankah sering dititipkan doa dihilangkan kekakuan lidah ketika berhadapan dengan insan lain?

Been there, done that. Easy to say than done. Put yourself in someone's shoes.

Bila kita mentarbiyah manusia, apa yang dicitakan ialah, mereka mampu menjadi insan yang lebih baik dari diri kita. Mereka mampu, suatu hari nanti menjadi murabbi kita, bahkan ketika itu, kitalah mutarabbi mereka, dengan penuh perasaan lapang dada dan beriman.

Semasa proses pentarbiyahan, boleh berlaku juga mereka jatuh atau ditimpa ujian semacam kita, namun lebih dahsyat impaknya. Yes, another been there, done that type, but in another version. Bila difikirkan kembali, Allah seolah-olah mahu kita melihat kesusahan ataupun kegagalan itu dari dua sisi.

Sisi pertama, ketika kita sendiri yang menerimanya, merasainya. Sebagai perasa dan penterjemah.

Sisi kedua, ketika kita mendengarnya, merasainya dari mulut insan tersayang. Sebagai pemerhati dan pendengar. Sebagai seorang ibu atau kakak yang memahami apa rasanya jatuh terhenyak sebegitu. Kerana kita sendiri telah merasainya.

Ketika itu, kata-kata seolah tak perlu dituturkan, kerana lidah perit menahan jerih. Mata perih menahan tangis. Pelukan. Ya. Hanya satu pelukan yang kuat dan padu, inshaAllah cukup untuk menghantar getar rasa : been there, done that. Cukup untuk mengakui bahawa, hati disini sedang memahami hati disana.

Kekuatan milik Allah. Kelemahan juga milik Allah, yang akan diambilNya pergi, sekadar untuk mencoret rasa zuhud, tawadhuk dan taqwa dalam diri, kerana kita tahu : Walibasut taqwa, dzalikal khayr

Bergembiralah dengan kelemahan sementara itu, kerana Dia sedang memerhati. Menguji hanya hambaNya yang terpilih. Allahul musta'aan. Mudah dituturkan, namun besar pengertiannya. Mendasar maksudnya.

p/s : to "They! That i love" - Allahul musta'aan. Allahul musta'aan. Allahul musta'aan.

Sunday, January 6, 2013

#24 : Berdoalah!

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Sedikit perkongsian tadabbur tentang adab² berdoa :


Dikisahkan tentang Nabi Zakaria, Nabi Allah yg penuh kelembutan, kesantunan. Baginda yang sudah lanjut usianya, tapi masih belum dikurniakan cahaya mata.


Surah Mariam (19 : 3-6)

Ayat 3 : 
Ketika dia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut.

--> gunakan suara kita yang lembut gemersik bak baldu ditiup angin ketika meminta/memohon sesuatu terhadap Tuhan kita. Tak perlu dikeraskan suara, atau dikuatkan suaranya =)

Ayat 4 : 
Dia (Zakaria) berkata, "Ya Tuhanku, sungguh tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdo'a kepadaMu, ya Tuhanku.  

--> mengakui akan kelemahan, kekurangan dan kehinaan diri dihadapan Sang Pencipta.
--> hakikat keimanan : konsep tawakkal 'alallah serta beriman pada qada' dan qadar Allah terhadap setiap apa yang terjadi.
--> biar apapun yang berlaku dan berlalu, harapan terhadap Allah memakbulkan permintaan kita tak perlu surut atau padam, biarpun terpaksa mengambil jangka waktu yang lama.

Ayat 5 :
Dan sungguh, aku khawatir terhadap kerabatku sepeninggalku, padahal isteriku seorang yang mandul, maka anugerahilah aku seorang anak dari sisiMu

--> menyatakan asbab sesuatu permintaan itu dibuat.
--> barulah menyatakan permintaan ataupun perkara yang diingini =)

Ayat 6 :
Yang akan mewarisi aku dan mewarisi dari keluarga Yaakub, dan jadikanlah dia, ya Tuhanku, seorang yang diredhai."

--> mengharapkan kebaikan terhadap permintaan yg dibuat, bukan sahaja terhadap diri sendiri, tetapi juga terhadap orang sekeliling

MashaAllah...hebat bukan tahap penceritaan Allah! disebalik bait² kata yang diturunkan, penuh dengan hikmah dan makna yang tersembunyi, terpulang pada kita untuk menyelami dan mencari hikmah petunjuk Allah itu =)

Walau apapun yang berlaku, jangan pernah putus asa, jangan pernah putus harap akan rahmat dan kasih sayangnya.

Bersama kesusahan ada kemudahan, bersama kemudahan ada kesusahan.

Life is short, strive for the ultimate reason despite everything. inshaAllah the smile will rise and come back to ourself.

fi amanillah ^_^