Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,
Stesen Metro Hotel de Ville, Marseille.
Metro tiba. Orang ramai berpusu-pusu keluar. Berpusu-pusu juga yang mahu masuk. Ada dua tempat kosong. Sebelah-menyebelah. Diambil satu. Tinggal satu kosong lagi. Sepasang warga tua masuk. Sepasang suami isteri rupanya. Tua pikun. Tangan menggeletar. Parkinson mungkin..lewat usia senja.
Si Suami terus memapah si Isteri duduk di kerusi kosong. Tangan dihulurkan tanda tetap ingin memegang si Isteri. Bimbang terjatuh mungkin. Sepantas kilat pula dibangunkan diri, ingin memberi ruang duduk kepada si Suami agar berdampingan duduknya dengan si Isteri. Biar kelihatan bahagia, biar tak terpisah, walau mungkin panggilan ajal semakin dekat.
Lantas dimarahi oleh si Suami, menyuruh duduk kembali. Beriya-iya mahu bangun, beriya-iya pula dimarahinya..huhu..Penumpang lelaki dihadapan pula cuba memberikan kerusinya, namun sama nasibnya, dimarahi dengan muka bengis..hehe. si Isteri terpinga-pinga, lantas bertanya kepada siapa mahu diberikan kerusi.
kepada Atuk itu. Oh, itu suami saya. Nenek itu tersenyum mesra. Lantas dipeluknya lengan, tanda berterima kasih. si Suami tegar berdiri, sehingga benar ada kerusi kosong diantara kami, baharulah didudukinya. Destinasi tiba, mereka turun beringan, terketar-ketar, namun tetap tangan si Isteri kejap dipegang suami. Cincin juga masih dijari si Isteri. Ohh!! MasyaAllah! so sweeetttt ^_____^
Islam dimana-mana. Akhlak Islamiah dimana-mana, bukan melalui individu Muslim itu sendiri, tetapi melalui insan lain.. Ohh!! tersentap jiwa. Kembang-kempis dada menahan sebak, menilaikan perilaku sendiri. Di bumi ini, penuh kasih-sayang tak kira tua atau muda. Pastinya, tarbiyah yang mereka alami begitu hebat, sehingga tak mampu dipincang oleh arus modenisasi.
Memang tarbiyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah. *ayat mainstream* Tanpa tarbiyah, mungkin kita takkan faham apa itu empati, apa itu kasih-sayang sesama insan. Yang ada mungkin kau-kau, aku-aku. Cross over the limit, no. Menjadi asing dibumi asing. Asbab utama, kenapa ramai yang mencari nilai harga diri dan jati diri diri yang hilang dimamah zaman.
Malu, kerana jati diri itu ditemui pada bangsa lain, namun bukan pada bangsa sendiri. Lantas dihayun langkah kaki mencari erti-erti hidup. Akhirnya bertemu jawapannya, tarbiyah. Tarbiyah takwiniah. Tak mengira usia, tak mengira zaman, konsep tarbiyah takwiniah tetap mampu digunapakai, utuh sampai bila-bila. Asas pembentukan individu Muslim yang mengamalkan ajaran Islam yang syumul, kamil, mutakamil.
Secicip ujian yang diberikan, seharusnya sejuta nikmat syukur dilagukan. Tanda dipandangNya, tanda tarbiyah sedang terkesan dalam diri, tersemat dalam hati. Tak mungkin boleh pergi jauh tanpa tarbiyah ini. Tak mungkin melompat lebih tinggi bak Sheila on 7 kalau tak merasai proses pembakaran tarbiyah dalam usaha mentakwin diri juga mutarabbi.
Kerana tarbiyah, diri berharga. Pasangan hidup juga berharga. Keluarga juga berharga. Hatta setiap insan disekeliling amat berharga.
Tarbiyah mungkin boleh mencalarkan diri, membuatkan nanar mencari titik pusingan hidup, kembali pada fitrah insani.. Tarbiyah mungkin juga boleh tercalar, akibat diri yang lalai dan alpa, merasa hebat apabila sudah ditakwin, sedangkan proses pentakwinan hanya berakhir apabila jasad pulang semula bertemu tanah.
tik tok tik tok tik tok.
Apa sahaja tarbiyah yang kita telah dapati dan pelajari harini? Astaghfirullahal'adzim
Ayuh muhasabah =)
No comments:
Post a Comment