Sunday, March 17, 2013

#28 : Mind Rant

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Malam yang menggamit
Merayu jari jemari mengetuk papan kekunci
Dan sekali lagi persoalan-persoalan itu datang
Apakah benar apa yang sedang dilakukan?
Apakah benar rasa yang sedang bersarang?

Selalu mengharapkan yang terbaik
Dan akan selalu mengharapkan yang terbaik
Yang paling diberkati
Yang akan selalu diberkati
Terkadang melahirkan satu rindu
Rindu yang tak tahu pada apa
Mahupun siapa

Rindu mahu mendaki puncak Sinai
Rindu mahu melalui lembah-lembah Sinai
Rindu mahu terjelupuk atas batuan Sinai
Rindu mahu melihat merahnya bata Sinai
Rindu mahu memerhati terbitnya mentari ufuk di puncak Sinai
Rindu bauan unta-unta yang berlumba
Rindu pada bahasa itu..walaupun bukan fushah
Rindu pada roh itu
Rindu pada kekuatan yang disalurkan
Terkisahkan dalam kitabul haq

Itu kisah Sinai & Musa as
Tersendiri dan terpatri dalam lipatan sejarah
Ibrah terbesar buat para pencari, pendosa
Yang mahukan kerapatan, kedekatan
Ketenangan..

Ketenangan yang tak mungkin terjumpakan dalam kehidupan seharian sini
Hening basahnya embun Sinai
Menyegarkan, mendamaikan
Menghilangkan resah hati

Itulah rindu yang bersarang pada masa ini.
Mahu kembali menelusuri jejak tapak disana
Entahkan sempat atau tidak

Ada yang sedang berair ketika ini
Jauh kedalam sana..sayu


No comments:

Post a Comment