Wednesday, March 27, 2013

#29 : Shahadatul Haq

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Hidup berorientasikan Allah, bukan berorientasikan hati. Sukar, ye memang sukar.

Apa perasaan anda bilamana setiap kali anda ada lab untuk praktikal, tudung yang dipakai menjadi satu isu besar? 

Apa perasaan anda apabila anda ditegah daripada memanipulasi radas-radas dan bahan-bahan kimia didalam lab kerana anda memakai tudung sedangkan setiap tindakan anda ada markah nya? 

Apa perasaan anda bilamana 'mereka' menggunakan alasan security dan undang-undang yang termaktub diatas kertas terhadap pelajar yang bertudung?

Apa perasaan anda apabila anda diminta dihadapan khalayak ramai untuk menanggalkan tudung anda?

Shahadatul Haq. Tak semudah yang dibaca, tak semudah yang difahami. Untuk mendapatkan markah tambahan diakhirat, anda terpaksa menolak markah dunia. Bukan sedikit, tapi banyak. Bahkan ada juga rasa malu yang terpalit dijiwa.

Tapi anda tahu, penegasan anda untuk terus tetap bertudung, inshaAllah akan menjadi saksi bahawa anda sedang melaksanakan tuntutan SH anda dihadapan para profesor dan rakan-rakan yang langsung tak memahami dan tak mahu memahami Islam. Anda sudah ada alasan anda untuk diucapkan dihadapan Allah kelak.

Sakit, memang sakit. Anda terpaksa kerja lebih pada subjek lain, semata-mata untuk cover balik markah praktikal lab anda. Duduk dinegara sekular, anda struggle antara kemahuan, kejayaan, dan keredhaan Allah. Hanya 3 perkara ini yang membuatkan hidup anda selalu berpusing-pusing. terkadang diatas, terkadang dibwah (upside down in the eyes of this world)

Dan anda tahu, anda hanya perlu bersabar, bersabar, bersabar dan teruskan usaha untuk terus tetap menuntut ilmu.. ilmu yang diredhai Allah. Bukan semata-mata ilmu. Biarkan air mata mengalir dalam solat anda, dalam qiam anda, mahupun dalam tidur anda. Sesungguhnya air-air mata ini akan menjadi saksi atas Shahadatul Haq yang anda cuba tegakkan dibumi asing ini.

"Sungguh TuhanMu adalah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Diabersemayam diatas 'Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang dengan cepat. (Dia ciptakan) matahari, bulan dan bintang-bintang tunduk pada perintahNya. Ingatlah! Segala penciptaan dan urusan menjadi hakNya. Mahasuci Allah, Tuhan seluruh alam.
Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."
al-A'raf (7 : 54-55) 

Aku tak tahu samada tindakan aku ini akan dikiraNya sebagai salah satu bentuk SH atau tidak.
Aku tak tahu samada tindakan aku ini disukai olehNya atau tidak
Aku tak tahu samada tindakan aku ini mampu membawa aku berjumpa dengan Nya juga RasulNya kelak atau tidak
Aku tak tahu samada tindakan aku ini mampu membuat Khadijah ra, si ummul mukminin ingin memeluk erat aku ketika bertemu kelak atau tidak
Aku tak tahu
Yang aku tahu, aku berbuat dan ingin sentiasa berbuat perkara yang hati ini tenang dengannya, biarpun terpaksa berkorban sesuatu yang berharga didunia. Doakan semoga istiqamah! =')


No comments:

Post a Comment