Saturday, June 29, 2013

#31 : Kau wanita

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Keanggunan yang terpancar darimu muslimah
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah
Kau hadirkan pesona malu berbalut taqwa
Laksana syurga di dunia

Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
Ketangguhan dirimu yang terbingkai solehah
Perhiasan dunia tunduk pada Yang Kuasa
Sejukmu menetramkan jiwa

Engkau wanita syurga bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta
Engkau wanita syurga bak permata berharga 
Berbinar indah dalam kesucian jiwa


"walibasut taqwa dzalikal khoyr"

Wednesday, May 29, 2013

#30 : Al-Wakeel

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Kasihan apabila manusia menyangka tawakal tertinggi itu dalam urusan duniawi. Tidak! tawakal yang tertinggi itu adalah dalam berdakwah kepada Allah. Alangkah naif, orang yang tidak merasakan kelazatan dakwah dijalan Allah, tapi ia mengerti nilai tawakal. Tawakal yang paling indah adalah tawakal para dai'e pada Allah. 

Kenapa? Kerana ketika bertawakal, mereka merasakan kecintaan Allah swt. Yang bertawakal dalam urusan rezeki, isteri dan problematika dunia, itu sebuah kebaikan. Tapi ia belum mengerti hakikat tawakal.

Terkadang begitu cintanya Allah pada kita, Dia mengambil semua 'sebab' yang kita terbiasa dengannya. Seperti mereka yang dekat dihati, atau bahkan sesuatu yang kita cintai. Ada yang meninggalkan tugas dan pekerjaan yang selama ini dilalui bersama, atau bahkan meninggalkan dunia. Dengan semua itu, seolah Allah ingin mengatakan kepada kita, 

"Wahai hamba-Ku, Aku ingin engkau datang dan berlindung hanya kepada-Ku"

Saudaraku tercinta, makna ini indah sekali. Ketika kita tertimpa musibah, kita sangat jauh dari Allah, sehingga kita layak mengatakan, 

"Ya Tuhanku, Kau telah memotong semua jalanku, kerana Engkau ingin aku kembali pada-Mu"

Khadijah dan Abu Talib diwafatkan, agar Nabi Muhammad saw semakin tergantung pada Allah swt. 
"Kau wahai Muhammad, hanya bisa kembali kepada-Ku, kerana Aku telah mengambil semua sebab (kemenangan) bagimu.

Ketika semua jalan kemenangan telah tertutup, janganlah bersedih. Ketahuilah bahawa Allah menginginkan kita kembali pada-Nya hingga kita mengetahui Dia itu al-Wakeel.

Mendudukkan 'perencanaan' dan 'tawakal'

Maka dari itu, tanda kita bertawakal ialah kita menenangkan jiwa kita dari kesedihan setelah rencana matang. Jika kita merencanakan masa depan kita, maka itu tidak bertentangan dengan tawakal. Perencanaan itu bahkan merupakan puncak tawakal. Nabi Muhammad saw membuat rencana, Nabi Yusuf as juga membuat rencana untuk lima belas tahun, agar Mesir terkeluar dari krisis ekonomi yang melanda.

Inilah dia merencanakan sesuatu yang tidak bertentangan dengan tawakal. Yang bertentangan ialah, setelah kita membuat rencana, kita justru tetap sedih. Ibnu Atha'illah berkata,

"Tenangkan dirimu dari kesedihan setelah merancang rencana."

Tenangkan diri kita setelah membuat prencanaan. "Maka apa yang telah Allah jamin untukmu, jangan lagi kamu menyibukkan dirimu dengannya". Bukankah ini benar?

Mengapa kita menyibukkan diri dari apa yang Allah jamin? Allah telah menjamin akan memperbaiki keadaan kita, ketika kita tawakal pada-Nya. Tunjukkan tawakal anda, dan lihatlah apa yang Allah akan lakukan dengan anda.

Allah berfirman,

"Dan dilangit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu. Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kamu ucapkan"
Adz-Dzariyaat (51:22-23)   

Hati Sebening Mata Air - Amr Khalid

Wednesday, March 27, 2013

#29 : Shahadatul Haq

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Hidup berorientasikan Allah, bukan berorientasikan hati. Sukar, ye memang sukar.

Apa perasaan anda bilamana setiap kali anda ada lab untuk praktikal, tudung yang dipakai menjadi satu isu besar? 

Apa perasaan anda apabila anda ditegah daripada memanipulasi radas-radas dan bahan-bahan kimia didalam lab kerana anda memakai tudung sedangkan setiap tindakan anda ada markah nya? 

Apa perasaan anda bilamana 'mereka' menggunakan alasan security dan undang-undang yang termaktub diatas kertas terhadap pelajar yang bertudung?

Apa perasaan anda apabila anda diminta dihadapan khalayak ramai untuk menanggalkan tudung anda?

Shahadatul Haq. Tak semudah yang dibaca, tak semudah yang difahami. Untuk mendapatkan markah tambahan diakhirat, anda terpaksa menolak markah dunia. Bukan sedikit, tapi banyak. Bahkan ada juga rasa malu yang terpalit dijiwa.

Tapi anda tahu, penegasan anda untuk terus tetap bertudung, inshaAllah akan menjadi saksi bahawa anda sedang melaksanakan tuntutan SH anda dihadapan para profesor dan rakan-rakan yang langsung tak memahami dan tak mahu memahami Islam. Anda sudah ada alasan anda untuk diucapkan dihadapan Allah kelak.

Sakit, memang sakit. Anda terpaksa kerja lebih pada subjek lain, semata-mata untuk cover balik markah praktikal lab anda. Duduk dinegara sekular, anda struggle antara kemahuan, kejayaan, dan keredhaan Allah. Hanya 3 perkara ini yang membuatkan hidup anda selalu berpusing-pusing. terkadang diatas, terkadang dibwah (upside down in the eyes of this world)

Dan anda tahu, anda hanya perlu bersabar, bersabar, bersabar dan teruskan usaha untuk terus tetap menuntut ilmu.. ilmu yang diredhai Allah. Bukan semata-mata ilmu. Biarkan air mata mengalir dalam solat anda, dalam qiam anda, mahupun dalam tidur anda. Sesungguhnya air-air mata ini akan menjadi saksi atas Shahadatul Haq yang anda cuba tegakkan dibumi asing ini.

"Sungguh TuhanMu adalah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Diabersemayam diatas 'Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang dengan cepat. (Dia ciptakan) matahari, bulan dan bintang-bintang tunduk pada perintahNya. Ingatlah! Segala penciptaan dan urusan menjadi hakNya. Mahasuci Allah, Tuhan seluruh alam.
Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."
al-A'raf (7 : 54-55) 

Aku tak tahu samada tindakan aku ini akan dikiraNya sebagai salah satu bentuk SH atau tidak.
Aku tak tahu samada tindakan aku ini disukai olehNya atau tidak
Aku tak tahu samada tindakan aku ini mampu membawa aku berjumpa dengan Nya juga RasulNya kelak atau tidak
Aku tak tahu samada tindakan aku ini mampu membuat Khadijah ra, si ummul mukminin ingin memeluk erat aku ketika bertemu kelak atau tidak
Aku tak tahu
Yang aku tahu, aku berbuat dan ingin sentiasa berbuat perkara yang hati ini tenang dengannya, biarpun terpaksa berkorban sesuatu yang berharga didunia. Doakan semoga istiqamah! =')


Sunday, March 17, 2013

#28 : Mind Rant

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Malam yang menggamit
Merayu jari jemari mengetuk papan kekunci
Dan sekali lagi persoalan-persoalan itu datang
Apakah benar apa yang sedang dilakukan?
Apakah benar rasa yang sedang bersarang?

Selalu mengharapkan yang terbaik
Dan akan selalu mengharapkan yang terbaik
Yang paling diberkati
Yang akan selalu diberkati
Terkadang melahirkan satu rindu
Rindu yang tak tahu pada apa
Mahupun siapa

Rindu mahu mendaki puncak Sinai
Rindu mahu melalui lembah-lembah Sinai
Rindu mahu terjelupuk atas batuan Sinai
Rindu mahu melihat merahnya bata Sinai
Rindu mahu memerhati terbitnya mentari ufuk di puncak Sinai
Rindu bauan unta-unta yang berlumba
Rindu pada bahasa itu..walaupun bukan fushah
Rindu pada roh itu
Rindu pada kekuatan yang disalurkan
Terkisahkan dalam kitabul haq

Itu kisah Sinai & Musa as
Tersendiri dan terpatri dalam lipatan sejarah
Ibrah terbesar buat para pencari, pendosa
Yang mahukan kerapatan, kedekatan
Ketenangan..

Ketenangan yang tak mungkin terjumpakan dalam kehidupan seharian sini
Hening basahnya embun Sinai
Menyegarkan, mendamaikan
Menghilangkan resah hati

Itulah rindu yang bersarang pada masa ini.
Mahu kembali menelusuri jejak tapak disana
Entahkan sempat atau tidak

Ada yang sedang berair ketika ini
Jauh kedalam sana..sayu


#27 : Mind Rant

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Perjalanan dari south france ke nord france seolah-olah memasuki dunia Narnia. Everything is white while in the south, everything is brown, blue, green.

Melalui kawasan-kawasan ladang yang terbentang gagah dan kacak (heheh) pada pagi hari jumaat, benar-benar menyentap kalbu. Luas kawasan hijau yang kemudian berganti putih, kemudian berganti hijau semula mengingatkan terus pada kisah dua pekebun dalam surah al-kahfi.

Ketamakan yang memusnahkan. Namun kisahnya tetap berakhir dengan sempurna dan jayanya, berkat taubat dan istighfar yang lahir dari hati yang tulus. Kebun rimbun yang terbakar menjadi saksi, betapa kebusukan dan keraguan akan nikmat rezeki Allah dibalas dengan sekelip mata.

Bak padang jarak padang tekukur. Tak semena-mena air mata menjadi tak malu untuk bertakung dan bergenang. Sedangkan selama ini begitu payah mahu keluar, apatah lagi bersedia untuk diseka. Meletakkan diri dalam kondisi pekebun itu, melihat ladang-ladang yang terbentang luas, bergetarnya rasa hati, bagaimana mampu Allah menghanguskan kebun dalam sekejapan. Dan kisah itu dipaterikan dalam kitab yang menjadi tatapan segenap generasi hinggalah tibanya Hari Panggilan.

Maha Berkuasa, Maha Menundukkan. Maha Memberi. Allahu Rabbi.


Wednesday, January 16, 2013

#26 : Kerana Cincin Kahwin Begitu Berharga!?

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Stesen Metro Hotel de Ville, Marseille.

Metro tiba. Orang ramai berpusu-pusu keluar. Berpusu-pusu juga yang mahu masuk. Ada dua tempat kosong. Sebelah-menyebelah. Diambil satu. Tinggal satu kosong lagi. Sepasang warga tua masuk. Sepasang suami isteri rupanya. Tua pikun. Tangan menggeletar. Parkinson mungkin..lewat usia senja.

Si Suami terus memapah si Isteri duduk di kerusi kosong. Tangan dihulurkan tanda tetap ingin memegang si Isteri. Bimbang terjatuh mungkin. Sepantas kilat pula dibangunkan diri, ingin memberi ruang duduk kepada si Suami agar berdampingan duduknya dengan si Isteri. Biar kelihatan bahagia, biar tak terpisah, walau mungkin panggilan ajal semakin dekat. 

Lantas dimarahi oleh si Suami, menyuruh duduk kembali. Beriya-iya mahu bangun, beriya-iya pula dimarahinya..huhu..Penumpang lelaki dihadapan pula cuba memberikan kerusinya, namun sama nasibnya, dimarahi dengan muka bengis..hehe. si Isteri terpinga-pinga, lantas bertanya kepada siapa mahu diberikan kerusi. 

kepada Atuk itu. Oh, itu suami saya. Nenek itu tersenyum mesra. Lantas dipeluknya lengan, tanda berterima kasih. si Suami tegar berdiri, sehingga benar ada kerusi kosong diantara kami, baharulah didudukinya. Destinasi tiba, mereka turun beringan, terketar-ketar, namun tetap tangan si Isteri kejap dipegang suami. Cincin juga masih dijari si Isteri. Ohh!! MasyaAllah! so sweeetttt  ^_____^

Islam dimana-mana. Akhlak Islamiah dimana-mana, bukan melalui individu Muslim itu sendiri, tetapi melalui insan lain.. Ohh!! tersentap jiwa. Kembang-kempis dada menahan sebak, menilaikan perilaku sendiri. Di bumi ini, penuh kasih-sayang tak kira tua atau muda. Pastinya, tarbiyah yang mereka alami begitu hebat, sehingga tak mampu dipincang oleh arus modenisasi.

Memang tarbiyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah. *ayat mainstream* Tanpa tarbiyah, mungkin kita takkan faham apa itu empati, apa itu kasih-sayang sesama insan. Yang ada mungkin kau-kau, aku-aku. Cross over the limit, no. Menjadi asing dibumi asing. Asbab utama, kenapa ramai yang mencari nilai harga diri dan jati diri diri yang hilang dimamah zaman.

Malu, kerana jati diri itu ditemui pada bangsa lain, namun bukan pada bangsa sendiri. Lantas dihayun langkah kaki mencari erti-erti hidup. Akhirnya bertemu jawapannya, tarbiyah. Tarbiyah takwiniah. Tak mengira usia, tak mengira zaman, konsep tarbiyah takwiniah tetap mampu digunapakai, utuh sampai bila-bila. Asas pembentukan individu Muslim yang mengamalkan ajaran Islam yang syumul, kamil, mutakamil.

Secicip ujian yang diberikan, seharusnya sejuta nikmat syukur dilagukan. Tanda dipandangNya, tanda tarbiyah sedang terkesan dalam diri, tersemat dalam hati. Tak mungkin boleh pergi jauh tanpa tarbiyah ini. Tak mungkin melompat lebih tinggi bak Sheila on 7 kalau tak merasai proses pembakaran tarbiyah dalam usaha mentakwin diri juga mutarabbi. 

Kerana tarbiyah, diri berharga. Pasangan hidup juga berharga. Keluarga juga berharga. Hatta setiap insan disekeliling amat berharga. 

Tarbiyah mungkin boleh mencalarkan diri, membuatkan nanar mencari titik pusingan hidup, kembali pada fitrah insani.. Tarbiyah mungkin juga boleh tercalar, akibat diri yang lalai dan alpa, merasa hebat apabila sudah ditakwin, sedangkan proses pentakwinan hanya berakhir apabila jasad pulang semula bertemu tanah.

tik tok tik tok tik tok.

Apa sahaja tarbiyah yang kita telah dapati dan pelajari harini? Astaghfirullahal'adzim

Ayuh muhasabah =)

Friday, January 11, 2013

#25 : They (that i love)

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Tahun Baru. Resolusi Baru. Berita Baru.

Bukan pertama kali. Perkara yang menimpa kita, akhirnya akan menimpa jua mereka sekeliling kita. Ibrah mungkin, peristiwa kita untuk orang lain.

Atau mungkin, itu satu cara Allah untuk memudahkan kita bercerita tentang isi dan pengalaman. Tarbiyah dan kegelapan. Bukankah sering dititipkan doa dihilangkan kekakuan lidah ketika berhadapan dengan insan lain?

Been there, done that. Easy to say than done. Put yourself in someone's shoes.

Bila kita mentarbiyah manusia, apa yang dicitakan ialah, mereka mampu menjadi insan yang lebih baik dari diri kita. Mereka mampu, suatu hari nanti menjadi murabbi kita, bahkan ketika itu, kitalah mutarabbi mereka, dengan penuh perasaan lapang dada dan beriman.

Semasa proses pentarbiyahan, boleh berlaku juga mereka jatuh atau ditimpa ujian semacam kita, namun lebih dahsyat impaknya. Yes, another been there, done that type, but in another version. Bila difikirkan kembali, Allah seolah-olah mahu kita melihat kesusahan ataupun kegagalan itu dari dua sisi.

Sisi pertama, ketika kita sendiri yang menerimanya, merasainya. Sebagai perasa dan penterjemah.

Sisi kedua, ketika kita mendengarnya, merasainya dari mulut insan tersayang. Sebagai pemerhati dan pendengar. Sebagai seorang ibu atau kakak yang memahami apa rasanya jatuh terhenyak sebegitu. Kerana kita sendiri telah merasainya.

Ketika itu, kata-kata seolah tak perlu dituturkan, kerana lidah perit menahan jerih. Mata perih menahan tangis. Pelukan. Ya. Hanya satu pelukan yang kuat dan padu, inshaAllah cukup untuk menghantar getar rasa : been there, done that. Cukup untuk mengakui bahawa, hati disini sedang memahami hati disana.

Kekuatan milik Allah. Kelemahan juga milik Allah, yang akan diambilNya pergi, sekadar untuk mencoret rasa zuhud, tawadhuk dan taqwa dalam diri, kerana kita tahu : Walibasut taqwa, dzalikal khayr

Bergembiralah dengan kelemahan sementara itu, kerana Dia sedang memerhati. Menguji hanya hambaNya yang terpilih. Allahul musta'aan. Mudah dituturkan, namun besar pengertiannya. Mendasar maksudnya.

p/s : to "They! That i love" - Allahul musta'aan. Allahul musta'aan. Allahul musta'aan.

Sunday, January 6, 2013

#24 : Berdoalah!

Au Nom d'Allah Clément et Miséricordieux,

Sedikit perkongsian tadabbur tentang adab² berdoa :


Dikisahkan tentang Nabi Zakaria, Nabi Allah yg penuh kelembutan, kesantunan. Baginda yang sudah lanjut usianya, tapi masih belum dikurniakan cahaya mata.


Surah Mariam (19 : 3-6)

Ayat 3 : 
Ketika dia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut.

--> gunakan suara kita yang lembut gemersik bak baldu ditiup angin ketika meminta/memohon sesuatu terhadap Tuhan kita. Tak perlu dikeraskan suara, atau dikuatkan suaranya =)

Ayat 4 : 
Dia (Zakaria) berkata, "Ya Tuhanku, sungguh tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdo'a kepadaMu, ya Tuhanku.  

--> mengakui akan kelemahan, kekurangan dan kehinaan diri dihadapan Sang Pencipta.
--> hakikat keimanan : konsep tawakkal 'alallah serta beriman pada qada' dan qadar Allah terhadap setiap apa yang terjadi.
--> biar apapun yang berlaku dan berlalu, harapan terhadap Allah memakbulkan permintaan kita tak perlu surut atau padam, biarpun terpaksa mengambil jangka waktu yang lama.

Ayat 5 :
Dan sungguh, aku khawatir terhadap kerabatku sepeninggalku, padahal isteriku seorang yang mandul, maka anugerahilah aku seorang anak dari sisiMu

--> menyatakan asbab sesuatu permintaan itu dibuat.
--> barulah menyatakan permintaan ataupun perkara yang diingini =)

Ayat 6 :
Yang akan mewarisi aku dan mewarisi dari keluarga Yaakub, dan jadikanlah dia, ya Tuhanku, seorang yang diredhai."

--> mengharapkan kebaikan terhadap permintaan yg dibuat, bukan sahaja terhadap diri sendiri, tetapi juga terhadap orang sekeliling

MashaAllah...hebat bukan tahap penceritaan Allah! disebalik bait² kata yang diturunkan, penuh dengan hikmah dan makna yang tersembunyi, terpulang pada kita untuk menyelami dan mencari hikmah petunjuk Allah itu =)

Walau apapun yang berlaku, jangan pernah putus asa, jangan pernah putus harap akan rahmat dan kasih sayangnya.

Bersama kesusahan ada kemudahan, bersama kemudahan ada kesusahan.

Life is short, strive for the ultimate reason despite everything. inshaAllah the smile will rise and come back to ourself.

fi amanillah ^_^